Trending

Ibu Tert4ngkap Mencvri Didapati Terdes4k & Ini Tindakan P0lis…

B4 Content

Kuala Lumpur: Terdes4k hingga sanggup mencvri makanan dan plaster untuk kebah demam bagi mengubati demam anaknya.

Itu kesusahan hidup seorang wanita hingga sanggup mencvri di pasar raya di Petaling Jaya, semalam.

Paragraf 2

Bagaimanapun, sebaik menerima laporan polis dibuat pasar raya berkenaan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal tampil membantu wanita itu termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan wanita berusia 30-an itu.

 

Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pihak pasar raya yang menangkap ibu tiga anak itu mencvri plaster untuk kebah demam, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.

“Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan mencuri kek dan (plaster untuk kebah demam) sebab anaknya demam.

“Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini,” katanya menerusi video disiarkan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Nik Ezanee berkata, pihaknya menyampaikan bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan lain demi membantu wanita berkenaan yang hidup sukar.

“Susah-susah sangat mari balai polis, ini ada (plaster untuk kebah demam) untuk anak demam,” katanya kepada wanita itu.

Menurutnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencabar semua pihak terutama golongan susah.

“PKP ini banyak mencabar kita, ramai antara kita selalu buat aduan konon tidak boleh ‘brain’ (faham) kenapa polis buat roadblock (sekatan jalan raya) tutup jalan dan berlaku kesesakan.

“Sebenarnya, bukan tuan puan saja susah tetapi ada lagi yang lain (susah). Dalam PKP ini kita nak lawan virus C0v1d-19,” katanya.

Nik Ezanee turut menasihatkan orang ramai berkorban sedikit kesusahan dan kesukaran sekarang untuk masa depan serta duduk di rumah bagi memutuskan rantaian wabak itu.

 

Sumber: Metro

7 thoughts on “Ibu Tert4ngkap Mencvri Didapati Terdes4k & Ini Tindakan P0lis…”

  1. 273857 191372You may discover two to three new levels inside L . a . Weight loss and any 1 someone is extremely essential. Initial stage may possibly be real melting away rrn the body. lose weight 643062

  2. 657967 423864An fascinating discussion may possibly be valued at comment. I do believe that you basically write read far more about this subject, it may well not often be a taboo subject but normally persons are too couple of to dicuss on such topics. To a higher. Cheers 412329

  3. 593811 585550Directories such given that the Yellow Websites require not list them, so unlisted numbers strength sometimes be alive a lot more harm than financial assistance. 329664

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *