Trending

Ibu mentua luah rasa sedih Puteri Sarah dan anak-anak pilih sambut raya di luar negara

B4 Content

KURANG seminggu umat Islam bakal menyambut Aidilfitri, ibu kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail sedih mengenangkan menantunya bakal menyambut perayaan itu di luar negara.

Keputusan itu dipercayai ada kena mengena dengan kes penceraian di antara Syamsul dan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana, 38, yang bakal berakhir pada 18 April ini.

Paragraf 2

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin juga pernah memberi bayangan dia akan menyambut hari raya bersama dua anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah jauh dari keluarga tahun ini.

Menerusi hantaran dibuat di Instastory miliknya, Patimah turut meletakkan emoji hati berkecai bersama lagu latar Aidilfitri nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Air Mata Syawal.

Kenyataan Patimah di Instastory.

“Hari Raya Puteri Sarah dan anak-anak akan membawa diri ke luar negara. Hancur hati melihatnya,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Patimah turut menyelar tindakan individu yang didakwa berlaku kejam ke atas menantu dan dua cucunya.

“Kejam perbuatan mereka,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua minta Puteri Sarah sabar dan ikhlas, yakin kebahagiaan datang menanti

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rundingan buntu… Syamsul dan Puteri Sarah akhirnya sepakat untuk bercerai

Sebelum ini, Patimah juga turut memberikan kata-kata semangat buat Puteri Sarah selepas dia dan Syamsul akhirnya sepakat untuk bercerai.

Patimah meminta aktres itu menjadikan sabar dan ikhlas sebagai penguat hati selain percaya kebahagiaan akan datang menantinya selepas ini.

“Kita hanya mampu merancang namun takdir Allah adalah segalanya.

Syamsul dan Puteri Sarah sepakat untuk bercerai.

“Inilah jalan kehidupan yang harus kita jalani walaupun pahit dan manis terus bersilih ganti.

“Jadi, sabar dan ikhlas sebagai penguat hati. Insya Allah kebahagiaan akan datang menanti,” ujarnya.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

[redirect url=’https://shope.ee/6pUauSc9ot’ sec=’10’]