Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun membuat laporan polis terhadap ibunya sendiri selepas dipukul kerana enggan mengemas biliknya.

Laporan dibuat melalui talian kecemasan pada Sabtu lalu.

Jurucakap Polis mengesahkan insiden itu dan berkata, anggota polis segera ke lokasi sejurus menerima laporan bagi memastikan kedua-dua pihak berada dalam keadaan selamat.

“Setelah menerima laporan, anggota Polis terus ke rumah pengadu untuk memastikan keadaan anak dan ibunya dalam keadaan baik.

“Setelah diperjelaskan, ternyata insiden ini berpunca daripada salah faham antara ibu dan anak,” kata Bambang pada Isnin.

Menurut pihak polis, kejadian bermula apabila ibu remaja itu,45, meminta anaknya melipat selimut dan mengemas tempat tidurnya. Bagaimanapun, remaja tersebut tidak mengendahkan arahan dan terus bermain telefon bimbit.

Dalam keadaan marah, ibu berkenaan memukul anaknya dengan penyapu, menyebabkan lebam ringan pada lengan dan peha remaja itu.

“Selepas kejadian, ibu pergi bekerja di kebun, manakala anaknya menghubungi polis melalui talian kecemasan.” jelasnya.

Anggota polis kemudiannya membawa ibu dan anak itu ke balai raya untuk sesi kaunseling bersama pegawai tempatan.

“Polis bertindak sebagai orang tengah dan memberikan kaunseling. Kedua-dua pihak akhirnya berdamai dan bersetuju menyelesaikan isu ini secara kekeluargaan melalui surat pernyataan bersama,” tambahnya.