Umpama nyawa di hujung tanduk, itu dapat digambarkan dengan situasi seorang wanita yang berdepan detik cemas.
Ia apabila terperangkap di dalam rumahnya akibat banjir di Taman Karak Indah, Karak, Pahang satu ketika dahulu.
Tambahnya, dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan selepas hampir empat jam menjunjung kotak plastik berkenaan.
Dia juga hilang kata-kata apabila melihat bayinya yang kesejukan dan kelaparan.
“Dik (anak), adik tutup mata. Mama pun tutup mata. Mama rasa ni adalah takdir kita berdua, dah memang takde orang selamatkan kita.
Abah takde, orang lain pun takde. Anak peluk saya erat, tutup mata,” ujarnya.
Bagaimanapun tanpa diduga, takdir masih menyebelahi wanita tersebut apabila dua anggota bomba tiba untuk menyelamatkan dua beranak terbabit seolah-olah diberi peluang kedua untuk bernafas.
Sumber: YouTube TV3 Malaysia
For my thesis, I consulted a lot of information, read your article made me feel a lot, benefited me a lot from it, thank you for your help. Thanks!