Hobi berbasikal ketika ini sememangnya kembali menjadi trend.
Ramai yang berlumba-lumba untuk memulakan hobi berbasikal secara profesional dengan harga basikal untuk kayuhan di lebuh raya mencecah ribuan ringgit.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Namun perlu diingat, jalan raya di negara kita bukan hanya basikal sahaja yang melaluinya.
Kenderaan-kenderaan seperti kereta, lori dan juga bas turut sama ‘bersaing’ untuk menuju ke destinasi masing-masing.
Jadi, jika penunggang basikal mahu melepaskan ‘gian’ mengayuh, keselamatan diri perlu menjadi keutamaan.
Dan harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutamanya kenderaan yang lebih besar.
Hal ini dibimbangkan akan terjadi insiden seperti yang dikongsikan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Fareez Aiman yang memuat naik video di laman Facebook Dashcam Owner Malaysia.
Dalam video itu, penunggang basikal dilihat meluncur laju menuruni bukit dan secara tiba-tiba sebuah kereta merempuhnya sehingga berlaku kemalangan.
Tindakan tersebut mendatangkan perdebatan netizen di ruangan komen Facebook dan juga Twitter apabila ada akaun yang memuat naiknya kembali di media sosial tersebut.
Salah basikal sebab bawa laju, salah kereta sebab tak alert
Ada diantara mereka merasakan penunggang basikal berkenaan yang salah kerana meningkatkan kelajuan ketika dipersimpangan.
Dan ada juga yang menyalahkan kereta tersebut berikutan membelok ketika ada kenderaan lain yang hendak melalui jalan tersebut.
Namun begitu, rata-rata netizen mempertahankan penunggang basikal itu kerana bukan senang untuk mengawal kelajuan basikal ataupun kenderaan lain andai menuruni bukit seperti ditunjukkan menerusi video yang viral itu.
Kedua-duanya pun salah
Jalan tu yang salah
Senang Cerita, Dua-Dua lah Salah
Setakat ini, ramai yang mengeluarkan ‘hujah’ masing-masing dengan bersetuju insiden tersebut merupakan salah kereta berkenaan.
Tak hanya itu, netizen juga sempat menitipkan pesanan supaya semua penunggang basikal harus terus berhati-hati di jalan raya.
Ini kerana bimbang akan ada lagi kemalangan yang berlaku melibatkan geng-geng mereka.
So kalau ni macam mana nak kira? Basikal ke kereta? pic.twitter.com/jkq4FnqMKP
— Fad Manaf (@fadmnf) March 5, 2022
Sumber: Facebook Fareez Aiman, Twitter @fadmanf
Reading your article helped me a lot and I agree with you. But I still have some doubts, can you clarify for me? I’ll keep an eye out for your answers.