KUALA LUMPUR – Sumber dalaman daripada Fédération Internationale de Football Association (FIFA) mendakwa bahawa daripada tujuh pemain warisan yang dipertikaikan statusnya oleh Malaysia, hanya satu pemain sahaja telah menerima pengesahan dokumen kelayakan oleh FIFA — manakala enam lagi semua dokumen yang dihantar oleh FAM didakwa telah ditolak / tidak diterima.
“Dokumen sudah diteruskan ke FIFA melalui permohonan FAM, tetapi selepas semakan intensif, hanya satu kes mendapat lampu hijau; baki semua mempunyai ketidaksejajaran serius,” kata sumber FIFA kepada wartawan sukan dari Perancis, yang meminta identitinya dirahsiakan.
Jika dakwaan ini benar, ia bakal memberi implikasi besar kepada skuad Harimau Malaya dan proses pemilihan pemain warisan masa depan.
Siapa “Satu” Pemain Itu?
Walaupun FIFA tidak menyebut nama secara umum, dakwaan awal menyebut bahawa pemain yang berjaya mendapat pengesahan ialah Imanol Machuca — berbanding enam lagi warisan yang kini disiasat.
Dokumen Ditolak – Kenapa?
Menurut dokumen FIFA yang bocor ke media sukan antarabangsa:
Beberapa sijil kelahiran datuk/nenek pemain dilapor menunjukkan “lahir di negara asal” berbanding apa yang dikemukakan oleh FAM yang menyatakan mereka lahir di Malaysia.
FIFA menegaskan bahawa “submission of forged documentation for eligibility constitutes cheating” dan “a lack of due diligence” oleh FAM telah dikesan. – Reuters
(Laporan Penuh di Bawah Sekali)
