SEORANG kakitangan sekolah meninggal dunia selepas didakwa ditendang di dada oleh pelajar perempuan berusia 14 tahun.
Menurut laporan polis, guru perempuan yang berusia 53 tahun itu diserang pelajar yang cuba meninggalkan asrama tanpa kebenaran sekitar pukul 6.55 petang pada Rabu, 15 Oktober lalu.
Guru tersebut sempat diberi bantuan pernafasan (CPR) oleh rakan sekerjanya sebelum dibawa ke hospital, namun wanita itu meninggal dunia keesokan harinya.
Kejadian mengejutkan itu berlaku di Meadowridge Academy di Swansea, Massachusetts, Amerika Syarikat.
Menurut Pejabat Pendakwa Daerah Bristol County, pelajar itu dihadapkan ke Mahkamah Remaja Fall River pada pagi Khamis untuk proses pendakwaan.
Morrell merupakan kakitangan penjagaan langsung di akademi tersebut.
Meadowridge Academy menyediakan โrawatan menyeluruhโ untuk individu berumur antara 12 hingga 21 tahun yang menghadapi cabaran kesihatan mental dan tingkah laku, menurut laman web akademi itu.
