Seorang guru besar sebuah sekolah rendah ditangkap sedang berdua-duaan dengan lelaki yang juga merupakan seorang guru sejarah.

Perbuatan mereka kemudian dilaporkan kepada polis oleh suami guru wanita itu sendiri.

Menurut si suami dikenali sebagai isterinya, sering pulang lewat dari sekolah, menyebabkan dia berasa curiga.

Pada Jumaat lalu, dia melihat isterinya pergi ke sebuah rumah kosong milik kakak iparnya sebelum seorang lelaki kemudian didapati menuju ke rumah yang sama.

โ€œDengan mata saya sendiri, saya melihat mereka berdua-duaan di dalam bilik,โ€ katanya.

Beni kemudian melaporkan perkara itu kepada polis atas dakwaan bersekedudukan.

โ€œIsteri saya dan kekasihnya itu, kedua-dua mereka sudah berkeluarga. Apatah lagi mereka berdua ialah guru yang sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar,โ€ ujar suami.

Isterinya merupakan guru besar sebuah sekolah rendah berstatus sekolah pintar (SDN) di Jawa Barat, Indonesia manakala guru lelaki yang ditangkap ialah guru dari sebuah sekolah rendah berbeza