“Aduh Selangor… Malaysia Hilang Slot ACL Gara-Gara Aksi Longlai?”

Kecoh di kalangan peminat bola tempatan apabila timbul dakwaan Liga Malaysia (M-League) bakal kehilangan satu slot automatik ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan — gara-gara prestasi hambar Selangor FC di ACL2.

Empat kekalahan berturut-turut termasuk tewas 2-3 kepada Persib Bandung nyata memberi kesan besar kepada ranking AFC Malaysia, sekali gus membuka ruang kepada Liga Australia untuk merampas slot automatik tersebut.

Difahamkan, kegagalan pengurusan tempatan bertindak pantas mengurus kutipan mata MA Ranking turut menjadi punca kejatuhan kedudukan Malaysia di peringkat Asia.

Peminat di media sosial meluahkan rasa kecewa, menyifatkan prestasi Selangor di pentas Asia sebagai “punca utama JDT mungkin terlepas tiket automatik ACL musim depan.”

Setakat ini, FAM dan MFL masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun tekanan daripada penyokong semakin memuncak agar pembaharuan besar dilakukan dalam pengurusan dan prestasi kelab tempatan.

#SelangorFC #JDT #ACL2 #LigaMalaysia #palataobola