Gara-gara kereta dipandunya gagal memotong barisan, seorang lelaki bertindak samseng.
Ia apabila didakwa mengekori kenderaan pemandu yang tidak memberikannya laluan di lorong berkenaan.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Sendiri salah sendiri koyak!
Siap bawa keluar rokok, terpaling samseng
“Dah la potong que dekat trafic light, lepas tu block kereta sesuka hati ajak bergaduh.”
Tidak berakhir di situ, lelaki tersebut kemudiannya mengekori mangsa yang ketika itu mahu menghantar rakannya pulang di sebuah kawasan perumahan.
Kemudian mereka berjumpa ‘face to face’ antara satu sama lain.
Selepas memberhentikan keretanya, lelaki itu dilihat keluar tanpa pelitup muka selain berjalan dengan gaya lagak samseng.
Ia sekali gus mendekati serta meminta penjelasan daripada mangsa.
Dah la potong que dekat trafic light, lepas tu block kereta sesuka hati ajak bergaduh.
Lokasi : Setia Alam pic.twitter.com/391mP0RQKh
— VICENZO LORENZO MEOOOW (@vicenzolorenzo) January 24, 2022
Warganet telah mengecam tindakan ‘acah-acah’ samseng lelaki terbabit yang disifatkan memalukan apatah lagi dengan imej berkopiah.
Malah, ada juga individu menyemak saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdasarkan nombor plat kenderaan lelaki itu yang didakwa mempunyai jumlah sebanyak RM8,150.
Namun begitu, tiada maklumat lanjut dikongsi atau sebarang kenyataan polis berhubung kejadian terbabit.
Sumber: Twitter @vicenzolorenzo
relaxing jazz music
relaxing background
yoga music