Bagi individu yang menjalin hubungan cinta, memang sukar sekiranya ahli keluarga kepada pasangan kurang berkenan dengan pilihan hati kita.
Buntu juga jika mahu teruskan hubungan ke fasa seterusnya.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Adakah mereka akan terbuka hati untuk atau kita meredah saja sekali gus menimbulkan ‘drama’ antara dua pihak?
Mungkin situasi seperti itu difikirkan oleh seorang gadis ini.
Ia apabila mendakwa ahli keluarga teman lelakinya seolah-olah memandang rendah terhadap tahap pendidikan yang dimiliki.
Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, @nraliisya_ meluahkan perasaan kecewa yang tersimpan di hati.
Ia selepas tidak berjaya memenuhi ‘citarasa’ ahli keluarga teman lelakinya.
Susulan itu ramai netizen mula mempertahankan gadis ini.
Ingatkan dah takde parents macam ni..
Macam perempuan lak kena cari kerja..
Undur diri siap2 kalau macam ni..
Difahamkan, gadis berusia 19 tahun itu diajak kekasihnya ke majlis kenduri yang berlangsung di rumah lelaki tersebut sebelum berlaku situasi mengecewakan itu.
“Dah sampai, tiba-tiba keluarga dia cakap. Tak setaraf la dengan keluarga kita.
Takde la cantik mana, diploma pun takde. SPM buat apa,” luahnya.
Rakaman berdurasi 15 saat itu menerima sebanyak 447,000 tontonan serta dipenuhi hampir 1,500 komen warganet yang memahami perasaan dialami oleh gadis berkenaan.
Awak ada spm je, mana sama taraf pic.twitter.com/xxY5kEbceG
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) January 24, 2022
Rata-rata menyifatkan ahli keluarga yang mengambil kira mengenai persamaan taraf itu agak ‘menyakitkan’.
Ia sehinggalah dia hilang keyakinan diri untuk bercinta dengan insan tersayang.
Sumber: TikTok @nraliisya_
winter night