POLIS menahan lelaki berusia 29 tahun atas tuduhan merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun yang dikenali menerusi aplikasi cari jodoh.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Superintendan Azri Ramli berkata, rakan suspek berusia 33 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan selepas mangsa membuat laporan polis pada awal pagi Jumaat.

Gadis dari Pekan Ringlet, Cameron Highlands, Pahang itu mendakwa suspek membawanya menaiki kereta sebelum dia dirogol lelaki warga tempatan itu.

โ€œMangsa dibawa ke Kedah oleh suspek dan merogolnya empat kali di dalam kenderaan di beberapa lokasi.

โ€œKemudian mangsa ditinggalkan di sebuah lorong di Kedah, di mana dia diselamatkan orang ramai dan dibawa ke balai polis di negeri itu,โ€ katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Azri menambah, mangsa kemudian dibawa pulang ke Cameron Highlands untuk membuat laporan serta dirujuk ke Hospital Kuala Lipis bagi rawatan lanjut.

Bertindak atas maklumat, polis menahan dua lelaki itu pada Sabtu kira-kira pukul 3.20 pagi bagi membantu siasatan.

โ€œSuspek pertama mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah, manakala suspek kedua mempunyai empat rekod dadah dan jenayah.

โ€œSetelah disoal siasat, suspek pertama mengaku merogol mangsa sebanyak empat kali di dalam kereta.

โ€œRakannya tiada bersama ketika kejadian, namun kedua-dua suspek pulang ke Cameron Highlands atas niat yang tidak diketahui dan ketika itu juga mereka ditahan.

โ€œMahkamah Majistret Raub membenarkan reman tujuh hari ke atas kedua-dua suspek sehingga 20 Disember ini untuk siasatan lanjut,โ€ katanya.