“Aku Makeup Bukan Nak Puaskan Mata Orang” – Pengantin Bermisai Curi Perhatian Netizen

Dalam dunia media sosial hari ini, pelbagai kisah menarik dari majlis perkahwinan sering menjadi bualan. Namun, baru-baru ini tular satu video pengantin wanita yang tampil berbeza — dan berani.

Seorang wanita bernama Wilda menjadi perhatian ramai selepas jurusoleknya memuat naik video hasil solekan hari pernikahannya ke Instagram.

Apa yang mencuri tumpuan? Wilda tidak mencukur misai dan bulu-bulu halus di wajahnya.


“Bukan Gimik. Aku Hargai Diri Aku”

Dalam video berkenaan yang telah meraih lebih 1 juta tontonan, netizen segera mula memenuhi ruangan komen — ada yang kagum dengan keberaniannya, namun tidak kurang juga yang mempersoalkan keputusannya untuk tidak mencukur misai dan kening di hari bahagia.

Namun Wilda tidak melatah. Dia tampil mempertahankan pendiriannya:

“Kawan-kawan, tujuan aku solek bukan untuk memuaskan mata banyak orang, tapi bentuk aku menghargai diri sendiri di hari bahagia. Sebab itulah aku taknak cukup kumis ataupun kening.”

Menurut jurusolek, Wilda sejak awal telah menegaskan tidak mahu bulu-bulu wajah dicukur kerana itu adalah sebahagian daripada dirinya yang sebenar. Bagi Wilda, kecantikan bukan soal mengikut standard semata-mata, tetapi keyakinan diri.