Hiburan

Dulu pelakon cilik kini dah jadi ibu… Erynne Erynna akui masih susah dapat watak dewasa – “Mungkin kena tukar imej, solekan untuk nampak matang”

DUA tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Erynne Erynna mengakui masih ramai yang belum mengetahui dia kini sudah bergelar isteri dan memiliki seorang cahaya mata.

Bahagia melalui alam perkahwinan, Erynne atau nama sebenar Syazlynne Erynne Abdullah, 24, berkata dia mempelajari banyak perkara baharu sepanjang melalui alam perkahwinan.

“Umur 21 tahun saya bertemu jodoh dan berkahwin, sejujurnya kahwin muda ni bukanlah mudah sebab banyak benda saya kena belajar dan perlu bersiap sedia.

“Selepas berkahwin, tak lama kemudian jadi ibu pula. Sekarang barulah saya faham… bukan mudah melahirkan dan membesarkan anak. Ini merupakan satu perjalanan yang cukup mencabar.

“Sekarang ini saya lebih menghargai pengorbanan ibu semasa membesarkan saya dahulu… Alhamdulillah saya seronok dan bahagia melalui fasa kehidupan ini,” katanya kepada mStar.

Erynne ditemui semasa sidang media drama Ali Alia yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Dulu pelakon cilik kini dah jadi ibu… Erynne Erynna akui masih susah dapat watak dewasa – “Mungkin kena tukar imej, solekan untuk nampak matang”

Erynne bersama sahabat baiknya yang juga pelakon drama Ali Alia, Fimie Don.

Erynne yang memulakan karier lakonan sejak berusia lapan tahun berkahwin dengan Afify Sazali pada 17 April 2019.

Pasangan ini menimang cahaya mata sulung perempuan diberi nama Medinah berusia setahun.

Bercakap mengenai karier lakonan, Erynne berkata dia akan meneruskan kerjaya dalam bidang ini meskipun dirinya sudah memegang status sebagai seorang isteri dan ibu.

Walaupun dah jadi ibu ni saya akui susah nak dapat watak wanita dewasa, mungkin sebab fizikal saya kecil dan tak nampak matang!

ERYNNE ERYNNA

PELAKON

“Bidang lakonan sudah sebati dan menjadi jiwa saya. Sejujurnya, kalau orang tanya berapa lama saya akan jadi pelakon… jawapan saya sehingga m4ti.

“Jika diizinkan Allah, masih ada rezeki dalam bidang ini dan selagi orang nampak bakat saya, semestinya saya akan terus berada di sini.

“Walaupun dah jadi ibu ni saya akui susah nak dapat watak wanita dewasa, mungkin sebab fizikal saya kecil dan tak nampak matang.

Dulu pelakon cilik kini dah jadi ibu… Erynne Erynna akui masih susah dapat watak dewasa – “Mungkin kena tukar imej, solekan untuk nampak matang”

Erynne dan suami tercinta, Afify.

“Tapi kalau diberi watak sebegitu saya okay sahaja, cuma macam mana saya nak nampak matured tu… mungkin saya kena tukar imej, mekap atau cara pemakaian nanti,” ujarnya.

Bercakap mengenai drama Ali Alia, Erynne merupakan teruja utama bersama pelakon Rusdi Ramli, Faezah Elai dan Fimie Don.

Ia turut dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Usop Wilcha, Sabrina Ali, Faradhiya, Rashid Jaafar, Sharifah Juairiah, Jay Iswazir, Kodi Rasheed dan Mior Hashim Manap.

Dulu pelakon cilik kini dah jadi ibu… Erynne Erynna akui masih susah dapat watak dewasa – “Mungkin kena tukar imej, solekan untuk nampak matang”

Lakonan mantap Erynne dalam drama Ali Ali.

Drama 13 episod arahan Heykal Hanifah ini mengangkat genre kekeluargaan dan hubungan kasih sayang yang memaparkan kisah pasangan suami isteri, Amir lakonan Rusdi Ramli dan Mazni (Faezah Elai) yang dih1mpit dengan kemelut rumah tangga sehingga mahu bercer4i.

Keputusan itu menjadi titik punca yang menyebabkan anak mereka, Ali (Fimie Don) dan adik kembarnya yang juga mengh1dap aut1sme, Alia (Erynne Erynna) lari dari rumah kerana amat tert3kan dengan pertelingkahan yang berlaku antara ibu bapa mereka.

Drama ini ditayangkan menerusi slot Tiara setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : mStar

184 thoughts on “Dulu pelakon cilik kini dah jadi ibu… Erynne Erynna akui masih susah dapat watak dewasa – “Mungkin kena tukar imej, solekan untuk nampak matang””

  1. п»їMedicament prescribing information. Definitive journal of drugs and therapeutics.
    stromectol generic
    Some are medicines that help people when doctors prescribe. Medscape Drugs & Diseases.

  2. Commonly Used Drugs Charts. Comprehensive side effect and adverse reaction information.
    https://stromectolst.com/# stromectol online canada
    drug information and news for professionals and consumers. Read information now.

  3. safe and effective drugs are available. Comprehensive side effect and adverse reaction information.
    stromectol pill
    Some are medicines that help people when doctors prescribe. Generic Name.

  4. Generic Name. safe and effective drugs are available.
    https://nexium.top/# can i get cheap nexium no prescription
    Medicament prescribing information. Definitive journal of drugs and therapeutics.

  5. Comprehensive side effect and adverse reaction information. Everything what you want to know about pills. https://amoxicillins.com/ amoxicillin 500 mg
    Everything information about medication. Commonly Used Drugs Charts.

  6. Comprehensive side effect and adverse reaction information. Everything about medicine. https://amoxicillins.com/ amoxicillin buy online canada
    Read information now. Comprehensive side effect and adverse reaction information.

  7. What side effects can this medication cause? drug information and news for professionals and consumers.
    https://tadalafil1st.online/# free sample of cialis
    Learn about the side effects, dosages, and interactions. Generic Name.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *