Trending

Semakin Misteri, Slps Rangka Mayat Kanak² dan Wanita Ditemui, lbu Mngsa Juga Didapati Telah Diseksa

B4 Content

Makin misteri apabila satu demi satu kes dibongkar polis melibatkan tiga suspek bersaudara yang ditahan reman berhubung kes penemuan mayat wanita dalam gaung dan cebisan rangka kanak-kanak di Seremban.

Kali ini ia melibatkan kes penderaan melibatkan mangsa seorang wanita berusia 35 tahun dan seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan, menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof.

Paragraf 2

Beliau berkata perkara itu terbongkar hasil siasatan terhadap suspek utama berusia 41 tahun yang masih dalam tahanan reman polis itu.

“Pihak polis menyiasat secara menyeluruh dan menimbulkan kes penderaan terhadap mangsa seorang wanita warga tempatan dan seorang kanak-kanak.

“Kedua-dua mangsa kini masih menerima rawatan dan lokasinya dirahsiakan,” katanya.

Polis juga mengesyaki mangsa wanita merupakan ibu kepada penemuan rangka kanak-kanak perempuan yang ditemui di Taman Bukit Zamrud.

Menurut sumber, semua kes dalam proses pengumpulan bukti untuk melengkapkan siasatan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan serta Seksyen 31(1)Akta Kanak-Kanak 2001.

Dua Kes Kaitan Penemuan Mayat Rangka Di Seremban

Terdahulu, pada 21 Mac seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang sedang berjoging terkejut apabila menemui mayat wanita tanpa identiti ketika cuba merakam gambar di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus.

Susulan kejadian itu, dua lelaki masing-masing berusia 41 dan 44 tahun serta seorang wanita berusia 18 tahun yang mempunyai talian persaudaraan ditahan bagi membantu siasatan.

Kemudian, pada 7 April Polis menemukan rangka membabitkan tengkorak, gigi geraham dan cebisan tulang yang dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud.

Melihat pada rentetan kes ini telah mencetuskan pelbagai persoalan apakah kisah di sebalik kes pembunuhan bersiri ini dan ditambah pula dengan terbongkarnya kes penderaan melibatkatkan suspek utama.

Sumber: Awani, Berita Harian

1 thought on “Semakin Misteri, Slps Rangka Mayat Kanak² dan Wanita Ditemui, lbu Mngsa Juga Didapati Telah Diseksa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *