Assalamualaikum admin, tolong hide profil saya. Saya buntu, tak tahu nak luahkan pada siapa…
Saya dan suami baru sahaja dua bulan bernikah. Sepanjang perkahwinan ini, dia seorang suami yang baik. Setiap pagi sebelum pergi kerja, dia peluk dan cium saya, seolah-olah seorang lelaki yang menyayangi isterinya. Bila di rumah, dia tak pernah keluar bersosial. Kami habiskan masa bersama, tapi peliknya… dari malam pertama hingga ke hari ini, dia langsung tak pernah menyentuh saya.
Saya cuba dekati, tapi dia buat biasa-biasa sahaja. Seolah-olah kami cuma kawan baik, bukan pasangan suami isteri. Saya bukan tak mahu mulakan, tapi saya malu. Lagi pula, saya tiada pengalaman. Dengan bekas teman lelaki dulu pun, hanya setakat berpegang tangan dan ciuman ringan. Saya tak pernah sampai ke tahap lebih dari itu.
Hari ini, saya masih seorang anak dara. Saya tak tahu bagaimana nak berterus terang pada suami. Saya teringin, tapi saya sangat malu, lebih-lebih lagi bila dia sendiri tak pernah memulakan.
Adakah ini normal? Atau saya perlu cari cara untuk berbincang dengannya? Saya betul-betul keliru… 😞