Trending

“Akhirnya saya sudah tahu di pergi mana..” Ibu Iman Aqmar Pasrah, Hilang Rindu

B4 Content

Mayat seorang lelaki yang dipercayai hilang sejak 10 bulan lalu, ditemui di dalam kereta yang terjunam ke sebuah sungai di Jalan Nenasi-Pekan, di Pekan, Pahang.

Mayat Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, ditemui lengkap berpakaian di dalam sebuah kereta miliknya.

Paragraf 2

Muhammad Iman Aqmar dilaporkan hilang sejak 29 Oktober tahun lalu dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman, Terengganu.

ditemui lengkap berpakaian ditemui lengkap berpakaian ditemui lengkap berpakaian ditemui lengkap berpakaian ditemui lengkap berpakaian ditemui lengkap berpakaian ditemui lengkap berpakaian ditemui lengkap berpakaian ditemui lengkap berpakaian ditemui lengkap berpakaian ditemui lengkap berpakaian

Pasrah dan Redha

“Reda, saya rasa lega, kepala rasa ringan, rindu pada dia sudah hilang. Saya sudah tahu dia ke mana. Ini semua ketentuan Allah” kata ibu arwah, Azmawati Ab Kadir, ketika ditemui awal pagi tadi.

“Tempoh yang lama, tetapi sekarang hati saya lapang sangat, sebelum ini beban kerana terfikir-fikir mana anak aku?”

Jenazah Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, yang ditemukan di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) di Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, Pahang, selamat dikebumikan, awal pagi hari ini.

Semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman. Insyaallah. Al-Fatihah.

Kisah Iman Aqmar Pernah Diviralkan

“Kes orang hilang tahun lepas, baru jumpa di jalan Nenasi – Pekan, arwah masih berbaju offshore Pengerang.

“Ingat tak kes orang hilang yang dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Terengganu tu. Moga keluarga arwah tabah dgn ujian ini,” dakwa Adam Wong Jr.

Berikutan tular foto berkenaan, adik Iman Aqmar iaitu Izz Anisaa mengesahkan bahawa kenderaan dipercayai jenis Nissan Grand Livina ditemukan dalam sungai itu adalah kereta abangnya.

Walau bagaimanapun, dia dan ahli keluarga kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian untuk mengenal pasti identiti mangsa yang berada dalam kereta tersebut.

“Assalamualaikum, maaf kerana lambat update. Saya adik iman, sahkan itu kereta abang saya sepertimana dalam gambar yang dah ramai orang share di WhatsApp, Facebook.

“Saya dan keluarga dalam perjalanan ke tempat kejadian. Kami akan sahkan orang dalam kenderaan itu abang saya atau tidak. In Sha Allah, kami redha atas segalanya. Iman hak Allah SWT,” katanya.

ditemui lengkap berpakaian

Terdahulu, kisah kehilangan lelaki berusia 24 tahun itu tular di media sosial selepas ahli keluarga tidak dapat menghubunginya ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di Kemaman dari kampung di Pasir Gudang.

Sumber: Harian Metro

#ohbulan

8 thoughts on ““Akhirnya saya sudah tahu di pergi mana..” Ibu Iman Aqmar Pasrah, Hilang Rindu”

  1. Pingback: 3ecological
  2. Pingback: modesta coating
  3. Pingback: lsm99.review
  4. Pingback: blote tieten

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *