Farid Kamil mendedahkan hubungannnya dengan ibu mentua, Norsiah Ramli sudah lama putus.
Kata Farid pada tahun 2019, isterinya Diana Danielle sendiri telah menghalau ibunya keluar dari rumah.
“Sebenarnya sudah lama saya tak dapat hubungi Mama (Norsiah) kerana setahu saya dia sudah dihalau Diana keluar dari rumah kami sejak tahun 2019.
“Tapi tiba-tiba pada tahun 2023 Mama muncul di sini (mahkamah baru-baru ini) bersama Diana, ia benar-benar mengejutkan saya,” katanya kepada Astro Gempak.
Farid ditanya mengenai hubungannya dengan ibu mentua selepas mendakwa sukar mencari Diana dan anak-anak yang kini tidak lagi tinggal di rumah kelamin mereka.
Tambah Farid lagi, dia sendiri tidak mengetahui lebih terperinci tentang punca keretakan hubungan Diana dan ibunya.
“Pada saya Diana perlu jelaskan kepada saya sebab apa dia menghalau Mama keluar dari rumah dan tidak mahu berjumpa dengan ibunya ketika itu.
“Bila jadi begini, tiba-tiba Mama muncul saya pun terkejut kerana saya pula dah lama ‘lost contact’ dengan dia sebab Diana sendiri dah putuskan hubungan dengan ibunya,” ujarnya.
[redirect url=’https://shope.ee/7UkCClGPFD’ sec=’3′]