Kejadian dikatakan berlaku pada 4 Mac lalu, apabila Lisa pulang ke rumah dalam keadaan menangis teruk dan tidak mampu berkata-kata dengan lancar. Setelah ditenangkan, Lisa mula menceritakan bahawa dirinya telah ‘dikerumuni’ lima orang guru yang menengking dan memarahinya di kantin sekolah, hanya kerana satu salah faham yang sepatutnya diselesaikan secara tertutup.
Lebih menyedihkan, Mustika berkata anaknya mengadu, “Cikgu tu hina saya depan semua orang… saya tak salah pun.”
Rakaman Guru Menengking Dihantar Sendiri Ke Ibu Murid
Apa yang membuatkan situasi ini bertambah pedih adalah apabila salah seorang guru terbabit menghantar sendiri rakaman insiden tersebut kepada Mustika, seolah-olah ingin menunjukkan mereka “menjalankan tugas” tanpa memahami kesan psikologi terhadap seorang anak kecil.
“Saya bukan nak salahkan guru. Tapi anak saya hanya murid kecil. Tak patut diperlakukan sebegitu, apatah lagi di khalayak ramai. Dia sekarang takut nak ke sekolah, dan mula benci subjek kegemaran dia.” – luah Mustika dalam posting di Instagram.
Tiada Permohonan Maaf, Tiada Penjelasan Dari Sekolah
Sehingga kini, Mustika mendakwa pihak sekolah masih membisu, tidak memberikan sebarang kenyataan mahupun memohon maaf secara rasmi kepada keluarga mereka.
Usaha Mustika untuk mengadakan pertemuan atau dialog bersama guru-guru terlibat juga langsung tidak dilayan, seolah-olah suara seorang ibu tiada nilai di mata institusi yang sepatutnya melindungi dan membimbing anak-anak.
View this post on Instagram
Netizen Berang: “Kalau Ini Berlaku Pada Anak Aku, Aku Bawa Ke Media!”
Ruangan komen di media sosial dipenuhi dengan luahan netizen yang berkongsi rasa marah, kecewa dan tidak puas hati terhadap cara pengurusan emosi guru-guru terbabit.
“Budak sekecil itu patut dibimbing, bukan ditengking sampai trauma.”
“Bukan semua orang pandai jadi cikgu. Kena ada empati, bukan ego dan kuasa.”
“Kalau benda ni viral dan pihak sekolah masih diam, maknanya sistem memang gagal.”
Lisa Trauma, Tapi Mustika Nekad Pertahankan Anak
Kini, Lisa dikatakan tidak mahu lagi hadir ke sekolah secara fizikal, dan hanya memohon untuk cuti beberapa hari bagi menenangkan perasaan. Mustika pula nekad akan membawa perkara ini ke pihak lebih tinggi sekiranya tiada permohonan maaf atau tindakan pembetulan dilakukan.
“Saya cuma ibu biasa, yang nak anak saya dilayan dengan adil. Kalau saya diam, siapa lagi nak pertahankan Lisa?”
Kredit: Instagram Mustika