Trending

Caprice Bongkar Cerita Lama Cikgu Fadli “Dia pernah buat lawak pasal bajuk kecik perempuan..”

B4 Content

Nama penyanyi rap sensasi, Caprice menjadi bualan ‘hangat’ ramai di media sosial apabila kerap melakukan pendedahan berhubung jenayah sksual membabitkan golongan pendakwah.

Malah, pemilik nama Ariz Ramli ini juga prihatin mahu membela nasib seorang guru yang dikatakan dikenakan tindakan tatatertib kerana bersuara mengenai silibus pendidikan terkini di media sosial.

Paragraf 2

Bagaimanapun, penolakan secara baik oleh guru dikenali Mohd Fadli Salleh itu dipercayai punca Caprice terguris hati.

Bagaimanapun, isu tersebut telah selesai kerana cikgu Fadli sudah tampil meminta maaf dan menerangkan punca sebenar.

Caprice Bongkar Cerita Lama Cikgu Fadli

Caprice Bongkar Cerita Lama Cikgu Fadli

Terbaharu, perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali SZ Darwisyah mengenai kandungan tangkap layar Caprice di laman Instagram membuatkan ramai ‘muak’ dan ‘penat’.

Menerusi tangkap layar tersebut, Caprice mengatakan dia tidak cukup tidur selain meminta individu dimaksudkan tampil meminta maaf sebelum pasukannya memulakan kerja ‘risikan’ mengenai sisi gelap sebenar kepada ramai.

Selain itu, tangkap layar berikutnya seolah-olah memberi bayangan terdapat seorang guru sering membuat jenaka secara terbuka mengenai pakaian dalam terhadap kanak-kanak.

Caprice Bongkar Cerita Lama Cikgu Fadli

Dia start dah, penat macam ni

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahka rasa muak dengan ‘drama’ yang dilakonkan oleh Caprice di media sosial.

Pembuli, gila publisiti

Selain itu, ada juga mengatakan tindakan Caprice mahu mendedahkan ‘rahsia’ seseorang di khalayak umum seolah-olah sedang melakukan jenayah buli siber.

Caprice Bongkar Cerita Lama Cikgu Fadli

Geramnya aku!

Jangan sampai aku suruh KKM paksa ‘tidurkan’
Sehingga kini, tidak tahu siapakah gerangan individu yang dimaksudkan oleh Caprice.

Apa-apun, diharapkan agar Caprice terus membela nasib orang benar-benar memerlukan tanpa menjatuhkan aib seseorang di media sosial.

Sumber: Facebook SZ