Aku kenal dia masa zaman belajar lagi. Dia bukanlah orang senang, tapi aku tertarik dengan caranya yang nampak lembut, penuh agama. Dia rajin ke masjid, ikut jemaah tabligh, dan kata-katanya selalu menenangkan hati aku. Aku fikir, kalau jadi suami, tentu dia boleh pimpin aku ke jalan yang lebih baik. Jadi bila dia masuk meminang, aku terima.
Awal perkahwinan, hidup kami sederhana. Dia kerja biasa-biasa, cukup makan cukup pakai. Aku tak banyak minta, asalkan kami bahagia. Tapi lama-kelamaan, aku mula sedar cintanya pada aku tidak pernah mengatasi cintanya pada โperjuanganโ yang dia pilih.
Dia terlalu asyik ikut jemaah tabligh. Bukan sekadar sekali-sekala, tapi sampai lupa tanggungjawab sebagai suami. Bila balik rumah pun, ada saja alasan nak keluar lagi. Keluar 3 hari, sambung 40 hari. Lepas tu ada lagi khuruj lain.
Aku tak pernah marah kalau suami nak buat amal. Tapi, bila semua urusan rumah tangga aku yang tanggung, aku rasa letih. Duit belanja rumah? Tak ada. Nafkah batin? Tak ada. Nafkah zahir? Sekadar ala kadar, kadang-kadang kosong langsung.
Sedangkan dalam Islam, memberi nafkah pada isteri itu wajib. Rasulullah SAW sendiri pesan, sebaik-baik lelaki ialah yang paling baik pada keluarganya.
Sekarang aku sarat mengandung 9 bulan. Tinggal tunggu masa nak melahirkan. Badan lemah, hati pun lelah. Tapi suami aku masih dengan perangai sama. Dia boleh kata pada aku:
“Sayang, abang nak keluar 40 hari ni. Kalau rasa macam nak terberanak tu nanti, call la ambulan cepat”
Aku tergamam. Hatiku seolah-olah mati seketika. Beginikah layanan seorang suami? Sedangkan aku isteri sah dia, sedang mengandungkan zuriatnya. Islam tak pernah ajar lelaki lari dari tanggungjawab. Islam tak pernah suruh suami abaikan nafkah anak isteri atas nama dakwah.
Aku diam. Aku cuma jawab “ok.” Tapi dalam hati, aku dah buat keputusan. Aku nak kuatkan diri, aku nak lahirkan anak ini, aku nak berpantang sampai sembuh. Dan selepas ituโฆ aku akan minta cerai.
Aku sedar, perkahwinan ni hanya memenjarakan hati aku. Aku tak sanggup lagi ditinggalkan, aku tak sanggup lagi anak aku lahir tanpa ada ayah yang bertanggungjawab.
Kerana agama tak pernah ajar untuk abaikan isteri. Agama ajar untuk memuliakan isteri. Dan seorang lelaki yang gagal menunaikan tanggungjawab, tidak layak digelar suami yang soleh.
Sambungan Ada Di Bawah Sekali
