Pempengaruh dan usahawan sensasi Prince Syed tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antara dirinya dan keluarga mentua, susulan dakwaan bahawa dia mengongkong dan menghalang isterinya daripada berhubung dengan keluarga.

Menurutnya, sejak awal perkahwinan, dia sentiasa memastikan hubungan isterinya dengan keluarga berada dalam keadaan baik, termasuk berulang-alik dari Klang ke Gerik, Perak, hampir setiap minggu semata mata memberi ruang isterinya, Fatin Syazwani meluangkan masa bersama keluarga.

โ€œSaya tak pernah larang Fatin berhubung dengan keluarganya. Hampir setiap minggu saya balik Gerik, tinggal di rumah keluarga dia. Saya siap pesan pada Fatin, jangan lupa bagi duit api, air dan gas. Semua itu saya serahkan pada dia,โ€ katanya.

Bagaimanapun, Prince Syed mendakwa dirinya sering menjadi mangsa salah faham dan fitnah keluarga mentua, malah pernah diminta untuk menceraikan isterinya sejak awal walaupun hubungan mereka tidak pernah mengalami masalah besar.

โ€œKami kalau berselisih faham, malam mesti akan duduk berdua dan saling minta maaf. Perselisihan kecil itu biasa. Tapi keluarga mentua dari dulu minta kami bercerai. Saya pun tak tahu kenapa,โ€ ujarnya.

Prince Syed turut menafikan dakwaan bahawa dirinya mengawal cara pemakaian dan kehidupan isterinya.

Katanya, banyak keputusan dibuat bersama termasuk pilihan pakaian, malah penggunaan kasut tumit tinggi datang daripada kehendak Kak Fatin sendiri.