Sejak kelmarin, tular di media sosial berkenaan video tular yang dikongsikan seorang wanita di TikTok apabila berpimpin tangan dengan suaminya masuk ke mahkamah syariah bagi mendengar lafaz cerai lelaki itu.
RAKAMAN VIDEO PENJELASAN DARI BEKAS SUAMI ADA DI BAWAH SEKALI
Pasangan tersebut sebelum ini pernah tular apabila sang isteri dikenali sebagai Siti Rohayu gigih menjaga suaminya yang koma selama 90 hari.
Kecekalan wanita itu telah menjadi sorotan dan penceraian mereka juga mengejutkan banyak pihak kerana mengetahui kisah mereka berdua.
Video yang diambil dari ‘live’ yang dibuat oleh pasangan itu sebelum bercerai sememangnya menjadi perhatian ramai kerana kebanyakan daripada netizen berasa sebak melihat apa yang berlaku.
Walau bagaimanapun, Siti Rohayu dan bekas suami meminta orang ramai tidak mengecam mana-mana pihak kerana mereka juga ingin memulakan hidup baru dan membesarkan anak-anak dengan baik di kemudian hari.
Menjengah ke ruangan TikTok wanita itu, dia mengatakan yang dia sudah ikhlas dan reda dengan apa yang berlaku walaupun berasa sedih dengan perpisahan tersebut.
Dia memohon agar kehidupannya akan mulai tenang dan kuat untuk melalui hal ini kerana anak-anak juga sudah mulai bertanya mengapa mukanya kerap lalu di laman TikTok sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Apa-apapun, semoga Siti Rohayu dan bekas suaminya masih berhubungan baik demi membesarkan cahaya mata mereka bersama selepas semua masalah selesai dengan terlafaznya talak tempoh hari.
Dalam update terbaru di Facebook Umy, wanita itu akui cukup susah untuk melelapkan pasca perpisahannya dengan suami.
Malah anak keduanya, Eqy sudah mula bertanyakan macam-macam selepas ternampak sedutan live wajah wanita itu di TikTok.
Sumber: TikTok @lilydean2, bungacintasaya, Instagram wanayu303