Seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai bekas staf program motivasi wanita telah tampil membuat pendedahan mengejutkan kepada aktivis bebas, Caprice, menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram.
Pendedahan itu memaparkan sisi gelap program yang selama ini dikatakan mengangkat wanita, tetapi di sebalik tabir, didakwa berlaku perkara yang tidak bermoral, mencolok mata dan menjijikkan.
“Sesi 2023 Tu Hardcore Gila, Semua Staf Baru Terkedu”
Menerusi perkongsian Caprice โ atau lebih dikenali sebagai Cap โ individu terbabit menyatakan pernah terlibat dalam program pada tahun 2023 dan menggambarkan sesi ketika itu sebagai sangat ekstrem hingga membuatkan staf baru terdiam dan tergamam.
โSesi 2023 tu agak hardcore… semua staf kecuali yang lama terkedu. Sebab terlalu melampau,โ dedahnya dalam mesej yang dikongsi Caprice kepada umum.
Bertema ‘Sexy Blueprint’? Tarian Menghairahkan Ikut Warna
Lebih membimbangkan, bekas staf itu turut mendakwa peserta diberi kebebasan berpakaian apa sahaja โ termasuk outfit seksi atau menggoda. Antara yang paling mengejutkan ialah apabila fasilitator dan ketua program didakwa tampil dengan baju jarang/jaring tanpa pakaian dalam, kemudian menari mengikut tema warna kononnya melambangkan โsexy blueprintโ.
โAda yang pakai baju jaring-jaring, tapi dalam tak pakai apa pun. Lepas tu menari ikut warna masing-masing, konon represent tenaga femininโฆโ tulis individu berkenaan.
Situasi itu bukan saja mencetuskan rasa tidak selesa, malah didakwa berunsur ajaran sesat, bercanggah dengan budaya serta nilai agama.
Isu Gaji & KWSP Pun Timbul
Selain pendedahan berunsur seksualiti ekstrem, individu itu turut mendakwa syarikat tersebut tidak membayar caruman KWSP (EPF) kepada para staf.
Lebih membimbangkan, selepas ramai staf keluar, latihan dan pendekatan program menjadi lebih ekstrem hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan mereka yang masih berada dalam organisasi tersebut.
Caprice Minta Ramai Lagi Tampil, Sedia Dedahkan Lebih Banyak
Caprice, yang terkenal dengan sikap lantangnya terhadap penipuan dan eksploitasi sosial, memberi bayangan bahawa lebih banyak pendedahan akan dikongsikan tidak lama lagi.
โBanyak DM masuk. Ini baru permulaan. Yang rasa kena manipulasi atau dieksploitasi, boleh contact saya,โ katanya.