Luluh hati si ibu apabila mendapat tahu anak tunggalnya, Luna Aralyn Amar Ridhwan yang dijaga pengasuh meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban petang semalam.
Menurut laporan Utusan Online, ibu bayi perempuan tersebut Lilis Handayani Sukran berkata, anaknya yang berusia empat bulan itu baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh.
“Masa itu, saya berada di tempat kerja, dapat panggilan dari pengasuh yang memaklumkan muka anak sudah biru dan dia suruh segera datang ke rumahnya.
“Bayi ini merupakan satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh,” kata wanita berusia 24 tahun itu ketika ditemui di HTJ.
Sementara itu, terdapat juga pengguna Facebook berkongsi posting mengucapkan takziah kepada ibu mangsa atas kehilangan anak tersayang dalam sekelip mata.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, ibu mangsa mendapati keadaan anaknya itu dalam keadaan sangat lemah dan pucat sebelum dihantar ke HTJ.
Bagaimanapun, Luna Aralyn disahkan meninggal dunia 30 minit selepas tiba di hospital tersebut untuk mendapatkan rawatan.
Sumber: Utusan Online (Nor Shafawati Yup) , Facebook Cik Fitri & Lylis Moklis
Artikel disediakan oleh OhMyMedia.
I have read your article carefully and I agree with you very much. So, do you allow me to do this? I want to share your article link to my website: Cryptocurrency Prices
I’ve been troubled for several days with this topic. slotsite, But by chance looking at your post solved my problem! I will leave my blog, so when would you like to visit it?