GAZA, PALESTIN
Kadang-kadang, derita manusia tidak perlu skrip untuk jadi tragik.
Dr. Alaa al-Najjar, seorang doktor pakar kanak-kanak, yang baru seminggu lalu terpaksa menyambut mayat 9 orang anaknya sendiri, kini diuji lagi… apabila suami yang dikasihi, Dr. Hamdi al-Najjar, menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung nyawa akibat kecederaan parah.

“Kini beliau bukan lagi seorang ibu. Tetapi seorang isteri yang menjanda dalam sekelip mata… dalam runtuhan rumah sendiri.”


Rumah Jadi Kubur, Gaza Jadi Neraka

Tanggal 24 Mei 2025, rumah kecil mereka di selatan Khan Younis dibedil tentera Israel. Dalam sekelip mata, 9 anak-anak kecil yang sering menjadi tawa dan semangat hidup mereka – terkorban serta-merta. Hanya seorang anak, Adam, terselamat dengan luka parah.

Suami, Dr. Hamdi – yang juga pejuang barisan hadapan kesihatan – cedera tenat, bertahan hampir seminggu. Tapi semalam, nafas itu pun terhenti.


Ibu Yang Terpaksa Sambut Mayat Anak Sendiri

Ketika bom menghujani bumi Gaza, Dr. Alaa sedang bertugas di Kompleks Perubatan Nasser.

Tanpa sempat mengucap selamat tinggal, dia terpaksa menyambut jasad anak-anaknya sendiri, hangus terbakar dan tidak dapat dikenal pasti. Seorang ibu… yang pernah merawat anak orang lain dengan kasih sayang, kini terpaksa uruskan kematian anaknya sendiri dengan tangan sendiri.

“Kau bayangkan, tubuh anakmu… yang kau mandikan setiap hari… kini diserahkan padamu dalam beg plastik hitam.”


Palestin Terluka, Dunia Masih Bisu

Dr. Muneer Alboursh, Pengarah Kesihatan Gaza, mengesahkan pemergian suami Dr. Alaa dengan kata-kata yang cukup sayu:

“Beliau kini menyusuli sembilan anaknya yang telah terkorban lebih awal…”

Kini yang tinggal hanya Adam. Seorang anak kecil yang bukan sahaja kehilangan adik-beradik, tetapi juga bapa dan… melihat ibunya luruh jiwanya setiap kali teringat semula wajah-wajah kecil yang telah pergi.
Tak ada lagi gelak tawa dalam rumah itu. Hanya sebuah katil kosong dan bunyi tangisan malam yang tak pernah padam.


Dan Dunia Masih Kira Statistik… Bukan Nyawa.

“9 Anak, Kini Suami Pula – Ibu Gaza Ini Sudah Habis Segalanya Kecuali Satu… Doa.”

Gaza bukan lagi tanah. Ia kini padang pembunuhan. Dr. Alaa, seorang ibu dan isteri, kini tinggal bersendirian dengan satu-satunya anak yang masih bernyawa. Suaminya, Dr. Hamdi… menyusuli 9 anak mereka yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas rumah mereka.

Dunia masih berbicara politik. Tapi di Gaza, manusia cuma mahu hidup.

#PrayForGaza #GazaUnderAttack #DrAlaa #PalestineLivesMatter #KRT #TangisanGaza #AirMataIbu #StopKillingChildren