SEORANG lelaki ditahan kerana didakwa merogol dan menghamilkan anak perempuannya yang berusia 16 tahun.
Menurut polis, suspek yang berusia 51 tahun telah ditahan pada Selasa lepas.
Perkara itu terbongkar apabila mangsa dibawa ke hospital oleh akaknya selepas dia mengadu sakit kaki pada Isnin.
Selepas menjalankan imbasan dan ujian darah, doktor memaklumkan gadis itu sedang hamil 31 minggu.
Apabila disoal ibunya, dia tahu mangsa telah dirogol suaminya sendiri, tetapi tidak berani mendedahkan kerana risau tiada duit untuk belanja memandangkan dia tidak bekerja, dan mengharap suaminya sahaja.
Suspek juga didakwa mengugut anak perempuannya supaya tidak mendedahkan perbuatan berkenaan.
โBerdasarkan aduan akak mangsa, kami mendaftarkan kes rogol dan ugutan di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual,” kata seorang pegawai kanan polis.
Mangsa sedang diberikan khidmat kaunseling, dan langkah seterusnya akan ditentukan berdasarkan pemeriksaan kesihatan ke atasnya dalam masa terdekat.
Kejadian rogol yang kerap berlaku di India ini telah menjadi satu masalah global yang sangat memalukan- Agensi.
