Trending

Bagi Alasan Bekalan Air Terputus, Duda Ditahan Khalwat Dengan Janda Anak 11

B4 Content

Beri alasan terputus bekalan air sehingga terpaksa menumpang rumah kakak angkat, seorang duda dicekup berkhalwat bersama janda anak 11 di Taman Maju, Melaka.

Si bapa yang juga merupakan anggota pasukan keselamatan memberi alasan sedemikian kerana ingin meraih simpati penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang pada ketika itu sedang melakukan serbuan.

Paragraf 2

Menurut Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat, hasil pemeriksaan mendapati wanita berusia 46 tahun itu adalah tunangan orang yang bakal berkahwin buat kali ketiga pada April ini.

Ujarnya, seramai lapan anggota Unit Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Jasin (PAIDJ) serta Ibu Pejabat JAIM terlibat dalam operasi berkenaan yang diadakan pada jam 3.20 pagi Ahad lalu.

Anggota penguat kuasa terpaksa menunggu 15 minit sebelum pintu dibuka oleh seorang wanita. Ketika itu didapati lampu di bilik hadapan rumah teres itu masih bernyala.

Pemeriksaan lanjut menemui dua lelaki iaitu anak wanita itu berusia 16 tahun dan seorang duda di atas katil dalam bilik hadapan serta seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di bilik belakang.

Ketika ditanya anggota unit beruniform itu memberi alasan rumahnya tiada bekalan air dan terpaksa bermalam di rumah janda terbabit yang sudah dua kali bercerai sebelum ini.

Siasatan awal mendapati duda berkenaan sudah bercerai pada Januari lalu dan berkawan dengan anak lelaki wanita tersebut yang dijadikan sebagai kakak angkat.

Dalam pada itu, wanita yang tidak bekerja itu mempunyai 11 orang anak iaitu lapan daripadanya merupakan anak hasil perkahwinan pertama manakala tiga anak bersama suami kedua.

Bukan itu sahaja, wanita terbabit pernah ditangkap atas kesalahan berkhalwat dengan lelaki lain pada dua tahun lalu.

Pemeriksaan lanjut mendapati mereka bersekedudukan sejak setahun lalu dan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman.

Sementara itu, anak wanita itu disiasat mengikut Seksyen 34 Enakmen sama kerana bersubahat.

Difahamkan, operasi berkenaan dibantu oleh orang awam serta ahli Rakan Setiaku JAIM (Raseim) yang memberi maklumat dan membantu pihak JAIM untuk membanteras aktiviti tidak bermoral itu.

Sumber : Harian Metro

[redirect url=’https://shope.ee/VaSJrblUy’ sec=’3′]