Trending

Badal Haji Scamm Wakilkan Banyak Nama Serentak

B4 Content

Upah haji atau badal haji merupakan sebuah keadaan di mana seseorang itu menjadi wakil pelaksana ibadah haji untuk orang yang uzur, mempunyai masalah kesihatan serius atau sudah menghadap Ilahi.

Namun siapa sangka, di Tanah Suci, Mekah pun ada yang sanggup menjalankan sindiket penipuan badal haji.

Paragraf 2

Dalam rakaman yang tular dikongsikan oleh saudara Kashful Azim Shaharuddin, dia mendedahkan situasi penipuan di Arafah di mana para pelaksana akan berdiri sambil memegang kertas dengan nama ahli keluarga waris.

Kemudian seorang lagi pula bertindak merakamkan dialog kononnya sedang menjalankan badal haji buat nama sekian sekian.

Macam-macam bendera ada…Siap ada nama Allah atas lantai

Melalui perkongsian ini, waris keluarga diminta untuk lebih berhati-hati dalam memilih pakej badal haji agar tidak ditipu.

Kebanyakan sindiket ini menawarkan harga yang murah, namun di sebalik itu mereka wakilkan ramai pihak serentak.

Walhal dalam masa setahun, pelaksana hanya boleh wakilkan 1 nama sahaja untuk badal haji.