Perkahwinan pelawak, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah sememangnya menjadi perbualan ramai sejak mereka mengumumkan bakal berumah tangga beberapa bulan yang lalu.
Ramai yang dilihat tidak ‘move on’ dengan melemparkan pelbagai kata-kata kurang enak didengar lebih-lebih lagi membanding-bandingkan allahyarham Siti Sarah dengan Watie yang telahpun sah menjadi isteri Shuib Jumaat lalu.
Susulan daripada itu, abang kepada allahyarham Siti Sarah iaitu Ahamad Firdous Raissuddin telah tampil menjawab komen netizen yang menganggap Shuib menduakan arwah adiknya dan sesuka hati mengeluarkan kenyataan berkaitan agama tentang hubungan mereka.
Menerusi TikTok Ahmad Firdous meminta netizen berhenti meninggalkan komen-komen mengarut berkenaan perkahwinan Shuib dan menyertakan sekali rakaman suara ceramah dari Ustaz Azhar Idrus tentang hukum tersebut.