Trending

Isteri yg Ditendang, dan Dihentak Dgn Helmet Oleh Suaminya Sbb ‘Taknak Main’ Akhirnya Menerima Pembelaan

B4 Content

Padah mencederakan isteri yang enggan melakukan hubungan seks akhirnya seorang lelaki menerima balasan setelah dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan enam bulan oleh Mahkamah Sesyen berasingan di sini, pada Khamis.

Tertuduh V Murugan, 30, dijatuhkan hukuman itu di mahkamah berasingan oleh Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin dan Hakim Nariman Badruddin atas empat pertuduhan.

Paragraf 2

Berdasarkan pertuduhan pertama Murugan didapati dengan sengaja mencederakan isterinya, A M Saraswathi, 24, dengan cara memukul kepala mangsa menggunakan topi keledar.

Dia turut mencederakan anak lelakinya, M Sivaneswaran berusia enam tahun dengan memukul bahu kanan mangsa menggunakan wayar USB telefon.

Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didapati telah menakutkan isteri secara jenayah berbentuk ugutan dengan cara meletakkan sebilah parang di leher mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga tindakan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 6 petang di sebuah rumah di Ujong Pasir di sini, pada 9 Oktober 2021.

Dalam pertuduhan keempat, tertuduh yang bekerja di kedai besi buruk didapati sekali lagi telah mencederakan isterinya dengan cara menendang mangsa di bahagian dada sehingga wanita itu terjatuh kira-kira jam 10 pagi, pada keesokkan harinya.

Bagi perbuatan itu dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua mahkamah kemudian menetapkan hukuman penjara lima tahun dan enam bulan dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 10 Oktober tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin dan N Sivashangari.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa dalam keadaan mabuk dan bertindak mengugut serta memukul isteri selepas berang mangsa enggan melakukan hubungan seks.

Anak tertuduh yang melihat kejadian itu menjerit sebelum turut dipukul menggunakan wayar USB telefon.

Sinar

2 thoughts on “Isteri yg Ditendang, dan Dihentak Dgn Helmet Oleh Suaminya Sbb ‘Taknak Main’ Akhirnya Menerima Pembelaan”

  1. Pingback: 3caucasian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *