Nama ‘Kak Long 7E’ kembali menjadi bualan ramai selepas tular sekeping foto di media sosial memaparkan dia menjadi tetamu jemputan bagi sebuah program di stesen TV AlHijrah, semalam.
Saya kena berniaga dan teruskan hidup dengan suami serta anak-anak. Kesian anak-anak saya.
Sejujurnya saya dah penat. Saya banyak kerja lagi nak buat. Kita ni orang Islam.
Saya risau orang yang benci saya, suatu hari nanti mereka jadi sayang pula kepada saya,” kongsinya.
Bagi ibu Kak Long iaitu Kamsah Haizam pula, dia mengakui Kak Long lebih gemar menyelesaikan masalah dengan segera berbanding ‘memendam rasa’ selain kasihan dengan nasib menimpa anaknya itu.
“Kalau ada masalah, dia akan terus selesaikan. Bila simpan, dia akan sakit kepala, sebab itu dia luah.
“Makcik buka Facebook, nampak macam-macam cerita Kak Long.
Ada juga orang yang kami kenal pun ikut mengecam termasuklah jiran dan kawan-kawan. Jadi makcik slide laju-laju Facebook tu.
“Masing-masing ada keluarga. Begitu juga Kak Long. Kesian, banyak benda dia nak kena uruskan.
Yang kecam tu, selagi ada tangan dan mulut, biarlah mereka. Rezeki Kak Long mencurah-curah,” katanya.
Tambah ibu berusia 54 tahun itu, dia percaya dengan kredibiliti pihak stesen TV yang pastu sudah menyelidik terlebih dahulu sebelum menjemput anaknya itu ke studio rakaman.
“Itu rezeki dia. Kak Long pun nak betulkan keadaan, dia pun ada masa depan.
“Makcik tahu Kak Long berbakat. Makcik doakan agar dia dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti,” ujarnya.
Sumber: mStar Online (Mohd Izzat Mohd Khalizan)
1 thought on “Konon Anak Dapat Masuk TV AlHijrah, Ibu Kaklong Akhirnya Luah Sesuatu yg Sgt Menyedihkan”