Seorang bapa dilaporkan tergamak perk0sa anak kandungnya sendiri yang kini berusia 15 tahun di rumahnya di Pasir Puteh, Kelantan sejak setahun lalu, lapor Kosmo.
Menurut laporan, suspek yang juga seorang buruh telah ditahan oleh pihak polis selepas satu laporan polis dibuat oleh isterinya.
‘Kantoi’ perbualan Iucah suspek dan mangsa
Tidak cuma itu, mangsa juga mengaku telah melakukan perhubungan itu lebih 10 kali dan kali terakhir adalah pada Khamis.
“Berdasarkan siasatan, lelaki itu akan mengambil mangsa di rumah pada waktu malam secara senyap-senyap semasa ibunya sedang tidur.
“Dia seterusnya akan menghantar anaknya semula sebelum wanita tersebut terjaga.
“Mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan doktor mengesahkan remaja itu tidak mengandung.
“Selain ada kesan koyakan lama pada kemaluannya,” katanya.
Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan rogol dan sumbang mahram.
Sumber: Kosmo
relaxing jazz
jazz instrumental music