PELAKON Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kesal berkahwin dengan Syamsul Yusof dan tegas dengan pendirian mahukan penceraian.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menyifatkan tindakan berkahwin dengan Syamsul ada kesilapan paling besar dalam hidupnya namun dia bersyukur kerana mendapat ibu bapa mentua yang baik.
Dia juga mahu mengakhiri drama tidak berkesudahan dengan Syamsul ini dan mahu memulakan kehidupan baharu bersama dua anak-anaknya.
Puteri Sarah bersyukur mendapat mentua yang baik dan memahami.
“Saya hanya mahu keluar daripada perkahwinan yang toksik ini. Saya hanya mahu teruskan hidup dan bahagia bersama anak-anak.
“Satu perkara yang saya menyesal dalam hidup adalah berkahwin dengan awak tetapi saya bersyukur dapat ibu bapa mentua terbaik,” katanya.
Puteri Sarah menulis perkara tersebut di Instagram miliknya pada Jumaat selepas memadam perkongsian terdahulu yang menjawab kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia sudah tidak kisah sekiranya Syamsul enggan memberikan nafkah atau dia mahukan kemenangan.
Namun dia cuma berharap pengarah itu tidak melupakan tanggungjawab terhadap dua anak mereka.
“Saya dah penat dengan semua drama ini. Kepada Mohd Syamsul, kau tak nak bagi nafkah aku? Suka hati kau. Kau nak menang, kau menanglah… aku kalah.
Saya hanya mahu keluar daripada perkahwinan yang toksik ini. Saya hanya mahu teruskan hidup dan bahagia bersama anak-anak
PUTERI SARAH LIYANA
PELAKON
“Ambillah semua harta-harta awak. Aku tak nak satu sen pun. Cuma hak anak sebagai ayah bertanggungjawab. Lepaskan aku, ceraikan aku,” ujarnya.
Puteri Sarah turut membuat satu hantaran video menjelaskan perkara tersebut dalam keadaan dirinya menangis teresak-esak.
“Saya dah penat bergaduh dengan lelaki narsistik begini. Doakan saya diceriakan dengan baik. Saya tak nak harta awak. Saya ada kaki dan tangan untuk bekerja.
Puteri Sarah mohon Syamsul tidak abaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Saya penat beberapa tahun tak dilayan sebagai isteri, tidak mendapat kasih sayang… saya juga punya keinginan untuk bahagia,” katanya.
Syamsul sebelum itu membuat satu kenyataan mendakwa isteri pertamanya itu mempunyai hubungan dengan suami orang ketika mereka masih berstatus pasangan suami isteri.
Menerusi kenyataan dibuat pada awal pagi Jumaat itu, Syamsul turut meminta Puteri Sarah tidak mempamerkan watak isteri teraniaya dan berharap penceraian mereka diselesaikan dengan baik.
[redirect url=’https://shope.ee/4fQFooX8cQ’ sec=’3′]