Pelakon Datin Almy Nadia tidak bersetuju berhubung pelaksanaan kerajaan untuk memberikan vaksin Covid-19 terhadap kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.
Menerusi satu posting di laman Instagram, pemilik nama Almy Nadia Aminuddin Shah itu berpendapat bahawa imunisasi kanak-kanak masih belum cukup kuat bagi menerima ‘kesan’ vaksin dalam tubuh badan meskipun dos dikurangkan.
“Wahai kerajaan, anak-anak saya bukan bahan ujikaji anda semua ya. Tolong ambil perhatian. Cukup kami yang dewasa ini kena vaksin pun sakit. Ya, tahu dos mesti kurang untuk kanak-kanak but still sakit.
“Dah kerajaan cakap, 5 tahun – 11 tahun bahan ujikaji. What.. Sorry saya sangat emosi bab ni. Anak-anak saya bukan bahan ujikaji anda wahai kerajaan,” tulisnya.
Pelakon berusia 35 tahun itu berkongsi satu paparan skrin posting daripada suaminya yang juga pelakon Datuk Fizz Fairuz yang mengulas mengenai kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin.
Tambah pelakon drama bersiri Dunia Baru itu, dia bukan seorang antivaksin malah sudah lengkap divaksinasi selain anak-anaknya juga telah disuntik vaksin sejak dari bayi sehingga berusia dua tahun.
Namun, Almy menegaskan bahawa dia tidak sanggup berdepan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini terhadap anak-anak yang dikandung selama sembilan bulan.
“Sebagai seorang ibu yang melahirkan anak-anak, maaf, saya takkan benarkan anak-anak saya jadi bahan ujikaji. Jika terjadi benda yang tak diingini, adakah kerajaan nak bertanggungjawab? Pastinya tidak. Anda semua tolong ambil perhatian.
“Anak-anak saya dah cukup vaksin dari bayi sehingga dua tahun dan sekarang kami ambil extra Influenza lah, macam-macam lagi untuk kuatkan
antibodi anak-anak kami. But kami takkan benarkan kerajaan jadikan anak-anak kami sebagai bahan ujikaji.
“Saya bukan antivaksin. Saya ibu mengandung yang dah cukup dua dos vaksin Pfizer awal bulan Ogos. Jadi saya tahu sakitnya macam mana,” katanya.
Terdahulu, berdasarkan laporan media, Khairy berkata kerajaan akan meneruskan pemerolehan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak selain turut pertimbangkan vaksin Sinovac terhadap golongan tersebut.
Komen Almy mendapat respon hebat dari netizen yang rata2 menyokong beliau.
nurizzatyazahari – Btul, sy pon x stuju.. bukan antivaksin, cukup laa kita jdi uji kaji dorg.. nie kan budak2 mmng x la nk bgi ccuk
miyahmiera – Sy bukan antivac, tgh pregnant & complete 2dose dh rasa kesan lepas vaksin menangis xtahan sakitnya. Sy setuju xperlu utk anak2. Kesian diaorg. Kita yg dewasa xtahan ini kan plk budak2.
n.miera__ – Setuju, kalau kite kena lawan pun tetap lawan. Aku penat2 beranak korang nk buat ank2 uji kaji pulak .
graze_ables – Nnt dia org mulalah buat rules, tak vaccine x bole g sekolah x bole g tadika. Itu je la modal dia org buat. Dh mcm paksaan nnt.
rarasyazeera – saya sokong , too much !! sikit sikit dia wajibkan budak budak ambik vaksin , dari tak wajib terus ke wajib . kalau diaorang bertangungjawab kalau jadi apa apa tak pe lah , ni tanggungjawab sendiri .
i_am_nurjannah – Saya sgt setuju….. Kerajaan dah la x bertanggungjawab klau berlaku apa2….. Andai kan ade ganti rugi wang ringgit pon nyawa x dpt diganti….
amrina8789 – Saya setujuu…….ank2 kami bukan bahan untuk dijadikan uji kaji….Cukup laaa ibu bapa yg ambil vaksin ni…ank2 kami tolong laa jgn libatkan dlm semua ni …..
fetty_inspiredparfum – Alhamdulillah terima kasih bersuara. Ye ank2 kita bkn bahan ujikaji
eddy_ruzaidi – Kj ni kenapa terlampau taksub sgt dgn vaksin ni? Dh lah dulu kata x wajib ambik oleh rakyat msia tp skrg kau paksa mcm2 smpaikan bdk bwh 12 thn pun kau nk sgt suruh ambik vaksin. Abis anak2 kau confirm ambik ke?
saralisa_rahimee – Absolutely right.. @khairykj please.. please stop this.. ???? anak2 kami bukan tikus makmal utk jadi bahan ujikaji gov.. im not antivax, n anak2 x pernah pun skip vaccine sejak kecik.. please!!
afikah_ahsikim – Risaunya… Lpas ni tkut pula krjaan kuarkan statement.. Klau anak2 yg tak divaksin… Ibu bapa tkleh nk kuar sana sini lgsung…ugut sana sini pulak… Hhmm m.. @almynadiaofficial cukuplah kami smua dh lngkap vaksin.. Jganlah jdikan anak kami bahan uji kaji
Sumber: Instagram Almy Nadia & Fizz Fairuz
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih