Trending

Nana Kata “No telefon dia pun sy takde..”, Sekali Netizen Perasan Sesuatu Mengejutkan

Sejak belakangan ini, nama penyanyi dan pengacara Siti Nordiana tiba-tiba terpalit dengan pelawak Shuib Sepahtu.

Ia berlaku selepas diusik peminat kononnya mereka sesuai bagi mendirikan rumah tangga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Apa yang menjadi perhatian adalah muat naik Shuib di IG Story  apabila bertanya kepada anak perempuannya, Dekta.

Andai dia yang duduk di atas pelamin dan kanak-kanak tersebut menjadi pengapitnya.

Namun, jawapan daripada Dekta nyata telah menarik perhatian warganet selepas dimuat naik semula satu akaun TikTok dikenali sebagai @liysaaabdullah.

Kanak-kanak berkenaan menjawab yang dia akan duduk di atas Shuib andai bapanya bersanding dipelamin kelak.

Walaupun jawapan spontan daripada Dekta itu hanya disambut dengan gelak ketawa dari ahli kumpulan Sepahtu berkenaan, lain pula penerimaan daripada warganet di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang seolah-olah lebih memahami perasaan Dekta dan mengatakan yang dia belum lagi sepenuhnya move on dengan pemergian ibu tercinta.

Namun, ada juga yang tetap meninggalkan komen positif mendoakan agar selebriti itu segera ‘pulih’ dan kembali mempunyai peneman hidup agar bahagia bersama keluarga serta anak-anak.

No Telefon Dia Pun Saya Tak Simpan

Memetik laporan Harian Metro, penyanyi berusia 37 tahun itu menganggap ia sekadar usikan peminat.

Selain berterima kasih atas keprihatinan mereka yang mahu melihat dirinya berkahwin untuk kali kedua.

“Saya pun tak tahu macam mana benda ini ditimbulkan dan video saya ke butik itu boleh jadi ‘viral’.

Sebab di antara pihak saya dan butik berkenaan sebenarnya kami sudah sering bekerjasama sebelum ini.

“Saya datang ke butik terbabit pun bagi membuat baju untuk persembahan.

Tak ada kena-mengena langsung dengan tujuan nak tempah baju pengantin seperti yang diusik-usik itu.

“Sebenarnya, nombor telefon Shuib pun saya tak pernah ada selama ini.

Jadi, macam manalah kami kena gosip. Memang kelakar usikan netizen ni,” katanya yang popular dipanggil Nana.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Angkara itu tidak mengambil kisah berhubung gosip tersebut kerana menyifatkan ia adalah lumrah sebagai anak seni.

“Insya-Allah, saya okey saja menerima setiap gosip yang muncul ini, asalkan ia tidak keterlaluan.

Bagaimanapun, saya bukanlah wanita yang mungkin netizen cuba teka itu,” ujarnya.

Terdahulu, Shuib mendedahkan dia sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang namun belum menjalinkan hubungan serius.

Untuk info, Nana pernah berkahwin dengan Allahyarham Faizal Yusof pada April 2006 sebelum bercerai tiga tahun selepas itu dan mempunyai seorang anak lelaki Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia 14 tahun.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin) , Instagram Siti Nordiana

2 thoughts on “Nana Kata “No telefon dia pun sy takde..”, Sekali Netizen Perasan Sesuatu Mengejutkan”

  1. For my thesis, I consulted a lot of information, read your article made me feel a lot, benefited me a lot from it, thank you for your help. Thanks!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *