Keluarga

AKU PERNAH BSALIN MASA UMUR 15 THN TP XTAHU ANGKARA SIAPA. AKU CERITA KT SUAMI SBB AKU RINDU SGT ANAK TU, TAK SANGKA INI RESPON SUAMI

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Cerita dia camni, sekarang ni saya sedang mengndung anak ketiga tapi anak pertama dalam perkahwinan pertama. which mean sebelum menikah saya ada dua lagi anak. macam mana saya boleh ada anak sebelum ni? Ok anak pertama saya lelaki.

Saya lahirkan dia masa saya form 3, seminggu sebelum pmr dan saya langsung tak tahu saya mengandung dan macam mana saya boleh mengandung.

Bila difikir dan di ingat kan balik saya kerap lepak dan tidur kat rumah nenek atuk sama abang sepupu. Lepas bersalin saya nak sangat jaga anak tu walau saya baru umur 15 tahun.

tapi atas nasihat mama saya dan semua orang saya berikan hak jagaan pada orang lain dengan perjanjian dia kena update pada saya tentang kesihatan dan bawa datang jumpa saya walau setahun sekali…

lepas tu saya teruskan fokus pmr dalam keadaan bru lepas bersalin dan dapat keputusan yang saya tak sangka2… saya dapat straight A dalam semua mata pelajaran…

Yang tahu tentang saya bersalin tu hanya lah mama nenek ayah sahaja… yang lain semua tak tahu… tahun ganti tahun saya sambil nak amik spm saya ternanti2 dimana anak saya,.. sihat ke dia… tapi hampa.

Keluarga angkat tu bawa anak saya jauh dari saya… setiap hari saya rindukan anak saya… sampaikan saya melayan anak saudara saya seperti anak sendiri… mama ayah nampk saya ok…

Tapi hakikat nya hati saya berperang dengan perasaan sendiri… yelahh walau hanya beberapa hari saya melihat anak saya tu… dan saya tak sangka dengan kehadiran dia.. tapi saya tetap ibu dia…

saya tetap rasa sayang tu… saya fokus spm untuk tak menghampakan keluarga saya… saya sibuk kan diri dengan aktiviti sekolah… hampir semua aktiviti saya sertai demi untuk elak kan saya fikir tentang anak saya…

Lepas habis spm… saya hanya duduk dirumah sementara menunggu kputusan.. saya jadi teringat balik tentang anak saya tu… hati saya jadi tak tenteram…

Saya terlalu rindukan dia… jadi saya decide untuk meniaga scara kecil2lan… alhamdulillah perniagaan sangat berjalan lancar…

Selama 2 tahun saya teruskan perniagaan tu daripada saya tak ada kereta sampai saya ada dua kereta.. sampai saya ada 3 staff… saya ada saving saya sendiri… dan bantu keluarga.

Satu hari saya berkenalan dengan seorang lelaki… setelah bertahun saya tutup hati untuk lelaki… kerja dia biasa2… dan dia sangat mengambil berat tentang diri saya.. walau beberapa kali saya menolak..

Dia tetap berusaha mendekati saya… akhirnya saya terima… hati saya masih rindukan anak saya tu sehingakan saya jadi bodh demi nak tutup rasa rindu pada anak sebelum ni dan saya bersama dengan lelaki tu untuk gantikan anak saya tanpa ada ikatan perkahwinan.

Sebabkan saya belum mahu ada komitmen sebagai isteri… saya cuma nak anak yang saya lahir dari perut saya sendiri…

Saya mgndung dan saya lahirkan anak tu tnpa pgetahuan sesiapa dalam Keluarga saya… termasuk lelaki tu.. dan saya bwak diri saya jauh dari dia… sebab saya ada rumah sendiri.

Baby tu comel sangat. saya jaga anak tu penuh kasih sayang. saya berikan hak pnjgaan anak tu pada kawan saya yang tiada anak dengan syarat saya nak jadi mama dia… saya nak anak tu tahu tentang saya… n saya boleh berikan keperluan anak tu…

Yes, Sampai skrg saya msih berhubung malah bercuti ngn anak saya tu… alhamdulillah kawan saya tu tunai janji2 dia… anak saya happy dengan dia dan happy dengan saya juga.

Last year saya telah dipinang oleh lelaki yang saya tak kenal langsung dan keluarga saya terus terima. saya hanya ikut keputusan keluarga saya. Alhamdulillah saya bersyukur, suami saya tu baik hati.

Dari saya tak bertudung saya ikhlas bertudung dan dari tak solat saya jadi selesa solat lagi2 bila dia mjadi imam saya masa solat. Dia tau semua cerita tentang saya.

Saya cerita dari sebelum bertunang dan dia ikhlas terima saya katanya kerana Allah. Saya bagitau yang saya rindu sgt anak tu dan suami berjanji akan mencari anak tu bersama nanti.

Sekarang saya dah hamil 33 minggu.. selama saya berkahwin dengan dia tiada satu hari pun dia saakiti saya.

Dia sentiasa hargai saya dan sentiasa teman saya pergi atenal check up… and last week saya dimasukkan ke hspital kerana bl3eding.

Dia ada dengan saya 24 jam… yang menjadi masalah sekarang… dia ada tak sengaja hantar gambar detail tentang saya wrded tu ke dalam group family dia…

dan family dia adalah semua dari kalangan doktor… dalam detail tu ada tentang sejarah saya.. family dia lgsung tak tahu tentang ni… hanya dia dan saya…

Abang2 dan kakak dia tak kata apa2… dorang hanya tanya kabar dan bagi nasihat sikit tentang pengalaman dorang, ubat dan pemakanan…

Tapi yang jadi masalah besar adalah mak dia… mak dia menyepikan diri.. sedangkan sebelum ni saya demam pun dia call risau… kalini saya cuba untuk hubungi call dan wasap mak dia.. tetap sunyi…

Saya risau sangat… macam mana saya nak menghadap keluarga dia lepasni… bila saya tanya suami dia cuma cakap… apa pun jadi saya isteri dia… dia sayang kan saya dan tak kan tingalkn saya… seronok sangat dengar mcam tu

Saya akui sebelum ni banyak kesilapan saya.. tapi saya betul2 dah berubah… saya sayabgkn suami saya… saya sayangkan keluarga mertua saya… apa saya nak buat sekarang ni? Saya buntu…

Saya risau sangat jika mertua tak terima saya… sebab mertua adalah seorang yang sangat menjaga maruah… salah sikit mesti terus tegur… ni kan lagi saya yang dah ada 2 anak tanpa nikah… tolong bantu saya… saya tak sanggup kehilangan keluarga mertua lagi2 suami….

Maaf cerita ni agak panjang… saya tahu keluarga mertua ada dalam ni… saya nak minta maaf… tapi saya betul2 sayangkan abang… saya tak pernah tapu abang… saya tahu salah saya… tapi saya tak sangup kehilangan abang.

Abang bawak saya kepada erti sebenar indahnya islam… indahnya solat dan aurat… abang bawak saya kepada erti sabar dan redha… saya minta maaf sangat.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Shikah Ika, hurmm amik balik hati mak mtua awk slowly.. hti prmpuan ni mcm kerak nasi bila rendam lmbut la nanti
bnyakkan ambil hati mak mntua awk.. mcm awk nk pikat suami awk.. insyallah.

Atie Rapi, Byk Kan sabar dik. Apa pun,Semoga d permudahkan semua. InshaAllah,Allah tahu kt sdh btl2 taubat. InshaAllah 1 hari nnt mertua adik akn faham n akn memaafkan adik. Mohon lah pada Allah.

Ros Maria, Setiap ape pn masalah kita, Paling penting kita kna berbicara…bicara dri hati ke hati… dri bt andaian mcm2 tntang mentua, baik bincg ngn suami, sihat 6t g umh mentua,

bgtau perkara sbnar, mntak mf.. bgtau suami tau sume dri sblum kwin… kdg org tua nie dia keras…tp percayalah.. dia amat mnyayangi.

Aqma Mohd, Ct Syue Alaisya sblm ni pnh dgr org xsngja mengandung sblm nikah,ni mmg sngja nk mgdung. lpstu bg kt org jgk. hmm, i is kenot brain.

Rapiah Barudin, Kadang kadg bila diri tu merasa baik sgt dan menjaga maruah, maka org yg bermaksiat itu dianggap rosak dan tiada harapan menjadi baik,

Padahal Allah suka pd org yg bertaubat dan memperbaiki diri.Kepada keluarga mertua, cukup syukur anak awak dah bahagia. Pandang ke depan.

Yati Teriman, Berilah ruang pada ibu mertua awak dan teruslah berdoa di buka hatinya terima awak dgn ikhlas.

Eika Hanim, In shaa Allah setiap ap yg kte buat, klau dgn ikhlas msti akn dpt hasilnya di kemudian hari. Mgkin skarang mreka xdpt terima.. Tp d masa depan in shaa Allah.

Smoga tt tabah dn sabar dlm hrungi dugaan.. Sabarlah slagi ad suami dn kluarga tt yg sntiase menyokong tt.

Fitrah Karim, Semoga urusan awak di permudah Kan..doa Kan mertua awak tu akn di buka Kan pintu hati Nye terima awak semula seadanya

Sumber IIUM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *