GAMBARAN YANG DIBERIKAN ADALAH TIDAK TEPAT – FAM AKAN MENGEMUKAKAN RAYUAN RASMI

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa gambaran yang diberikan dalam keputusan FIFA adalah tidak tepat. Dakwaan bahawa pemain “memperoleh atau mengetahui mengenai dokumen palsu” adalah tidak berasas kerana tiada bukti kukuh dikemukakan setakat ini.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kesilapan yang berlaku berpunca daripada wrong submission iaitu ralat pentadbiran (administrative error), apabila seorang kakitangan tersilap memuat naik dokumen daripada ejen dan bukannya dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Rayuan rasmi kini sedang disediakan dengan menggunakan dokumen asal yang sah serta disahkan oleh Kerajaan Malaysia.

FAM akan mengemukakan rayuan rasmi berhubung kesimpulan ini, dan kekal komited mempertahankan integriti bola sepak negara berdasarkan fakta serta dokumen sahih.

Dalam laporan rasmi bertarikh 6 Oktober itu, FIFA menyatakan bahawa hasil semakan mendalam menunjukkan sijil lahir asal tujuh pemain terbabit sebenarnya dikeluarkan di luar negara seperti Sepanyol, Argentina, Brazil, Sepanyol dan Belanda, bukannya di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh FAM.

Lihat Surat Beranak Yang Dikorek Netizen

Surat Beranak Lain Ada Di Bawah Sekali