Kecoh semula di medsos apabila netizen mempersoalkan tentang keaslian duit dan emas yang diberi Prince Syed kepada isterinya satu ketika dulu.
Menerusi TikTok, Prince Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Syah dilihat sedang berdiri di hadapan beberapa bungkusan duit sebelum menyerahkannya kepada isteri.
Difahamkan, jumlah keseluruhan duit tersebut adalah bernilai RM500,000.
“Salam RM500,000. Cukuplah ini untuk perbelanjaan buat isteri dan anak untuk setahun.
Mencari rezeki halal untuk keluarga.”
Menerusi perkongsian yang sama, usahawan berusia 33 tahun ini turut menunjukkan beberapa barangan kemas yang dibeli untuk Fatin.
Ujar Syed, kesemua barangan kemas yang dibeli adalah asli dan bukan tiruan.
“Tengah kira semua duit sampai tak menang tangan.
Rasa macam esok nak makan cucur udang dekat London.
Kita pula macam tak boleh nak makan makanan biasa-biasa, maaf ya.”
Dalam pada itu, usahawan bisnes laksa ini tidak menafikan bahawa dirinya tidak menang tangan mengurus segala harta yang diusahakan mereka berdua.
