Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam baru-baru ini dikecam hebat gara-gara memuat naik video membalas kenyataan isteri Datuk Aliff Syukri yang menuduhnya lebih sudu dari kuah.

Terbaru, Rebecca mengambil langkah tenang dengan memadam video serta perkongsian yang lain.

Tindakan itu diambil sebagai tanda hormat Rebecca kepada abang sulungnya iaitu suami Bonda Rozita Ibrahim.

Hormat darah daging, Rebecca pilih diam dan doa

Selebriti itu berterima kasih di atas nasihat berguna yang diberikan abangnya itu. Rebecca berkata, dia menerima segala teguran dan kata-kata positif abangnya dengan baik.

rebecca

Apa yang lebih menyentuh hati, Rebecca turut titipkan doa buat abangnya agar sentiasa bahagia di samping isteri dan anak-anak.

Saya akan delete segala-galanya. #BloodIsThickerThanWater.

Katanya, kasih sayang keluarga jauh lebih penting dan dia tak mahu isu ini terus berpanjangan.

Adik dan abang long

rebecca

Walaupun tak dinyatakan secara terus, ramai percaya ini berkaitan dengan kemelut keluarga yang tular baru-baru ni.

Tapi jelas, Rebecca sudah memilih jalan matang demi keharmonian keluarganya.