AHLI Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan di bawah program baharu yang akan diperkenalkan iaitu i-Citra.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) pada Isnin berkata kerajaan melihat kesan positif program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium autom4tik yang terdahulu telah diperkenalkan untuk membantu rakyat mendepani cabaran semasa pand3mik c0v1d-19.
“Kita telah menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan inisiatif seumpama ini, Alhamdulillah, ia memberi kesan positif dan amat membantu aliran tunai rakyat sehingga kini.
“Maka dengan itu, bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.
“Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli,” katanya,
Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan rm30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian.
Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.
Menurutnya walaupun sedar simpanan KWSP ini adalah simpanan hari tua rakyat namun penyelesaian i-Citra ini mengambil jalan tengah antara keperluan mendes4k hari ini dan pulangan yang wajar bagi ahli-ahli KWSP yang tidak memerlukan pengeluaran.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv
Sumber : Mstar