Nama Azwan Omar ketika ini sedang hangat diperkatakan kerana menjadi Unsung Hero buat mangsa-mangsa banjir di sesetengah tempat.
Dia yang secara sukarela datang menyelamatkan dan membantu mangsa-mangsa di kawasan yang ditimpa bencana banjir dengan bot persendiriannya telah digelar ‘Abang Viva’.
Ini memandangkan menaiki kereta tersebut hanya berbekalkan RM50 dari Melaka.
Namun, Azwan dilihat belum memberikan kata putus dan sempat bertanyakan secara jujur sama ada pemberian tersebut untuk tujuan marketing ataupun tidak.
Menurut Azwan lagi, dia tidak mahu terikat dengan mana-mana syarikat atau badan bukan kerajaan (NGO).
Dan merasakan bukan orang senang untuk menyelenggara kereta yang agak mahal seperti 4×4 andai menggunakan kereta sebegitu.
Walau bagaimanapun, usahawan tersebut sama sekali tidak memaksa dan hanya berniat baik mahu memberikan hadiah buat insan berjasa seperti pemuda tersebut.
Justeru itu, usahawan berkenaan meluahkan rasa syukur kerana dapat menghubungi Azwan sendiri.
Dan bersedia untuk dihubungi kembali andai pemuda itu setuju untuk menerima pemberian ikhlasnya.
Dalam pada itu, Sha Hasan turut memohon orang ramai tidak menggangu ‘Abang Viva’ buat masa ini memandangkan dia sedang sibuk menerusikan misi bantuan di kawasan banjir dan memerlukan rehat secukupnya selepas berhari-hari diatas bot.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji respon dari Azwan Omar yang dilihat begitu humble walaupun sudah mendapat perhatian ramai.
Mereka juga berasa kagum dengan pemuda berusia 28 tahun itu kerana langsung tidak mengambil kesempatan dan tetap meneruskan misi menyelamat dan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Sumber: Instagram @shahasan22, TikTok @AyuKohaye71
Your article gave me a lot of inspiration, I hope you can explain your point of view in more detail, because I have some doubts, thank you.
Dear immortals, I need some wow gold inspiration to create.