Masa aku berumur 7 tahun, hidup aku berubah sekelip mata. Abah ceraikan mak sebab terpikat dengan seorang janda muda yang belum pernah ada anak. Masa tu kami tiga beradik masih kecil, tak tahu apa-apa tentang luka hati seorang wanita yang ditinggalkan. Tapi ada satu memori yang sampai sekarang masih menghantui aku.
Abah balik sekejap, berdiri di ruang tamu depan mak. Dia campak kad kahwin atas lantai, depan mata kami yang masih mentah. Dengan nada angkuh dia cakap,
“Kalau korang tak tahu malu, korang datanglah…”
Ayat tu menikam jiwa. Macam kami ni tak wujud dalam hidup dia lagi. Hari tu aku belajar apa maksud patah hati sebenar.
Berbelas tahun berlalu, kami bertiga membesar dengan luka yang tak pernah sembuh. Abang aku berjaya jadi seorang engineer. Aku dan adik pula bersyukur dapat peluang sambung belajar di universiti. Kami cuba bangkit, buktikan bahawa anak-anak yang ditinggalkan ini masih mampu berjaya walaupun tanpa kasih seorang ayah.
Tapi hidup ni penuh ironi. Satu hari, kami dengar khabar duka, abah dan mak tiri meninggal dalam kemalangan jalan raya. Hati aku kacau, bukan sebab kehilangan seorang ayah, tapi kerana sesuatu yang lebih menyakitkan.
Rupa-rupanya, sebelum meninggal, abah sempat tinggalkan pesanan pada seorang makcik. Dia amanahkan anak-anaknya bersama mak tiri itu, suruh ibu jaga.
Di situlah kecelaruan bermula. Hati aku memberontak.
“Apa hak dia nak letak amanah macam tu? Bukankah mak kami yang pernah dia sakiti?”
Aku tengok wajah mak masa berita tu sampai. Ada sayu, ada marah, ada redha. Dia cuma diam, tapi aku tahu dalam diam tu ada badai yang tak mampu aku faham.
Ironinya, wanita yang pernah direbut, yang pernah buat mak kami jatuh tersungkur, akhirnya memulangkan hasil benihnya dengan abah kembali ke tangan mak untuk dijaga.
Dan aku? Aku masih keliru. Perlukah aku terima takdir ini dengan hati terbuka, atau biar luka lama terus bernanah?
Sambungan Ada Di Bawah Sekali