Isu rumah tangga penyanyi Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Hidayah menjadi bualan hangat apabila muncul beberapa dakwaan yang menjadi punca pergolakan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, seorang pengguna berkongsi tangkap layar beberapa dakwaan yang menjadi punca pelantun lagu ‘Ada Untukmu’ tawar hati pada rumah tangganya.
Dakwa seorang pengguna Threads, ibu mentua Nubhan menuntut RM5 Juta bagi pampasan jika nekad untuk menceraikan isterinya.
Selain itu, Nubhan turut didakwa perlu membahagikan harta secara sama rata dengan 50 peratus milik Dr Afifah Hidayah.
“Pergi klinik seminggu sekali saja.
Dapat gaji CEO. Nubhan bagi lagi dari syarikat sendiri, itu pun tak cukup.
Suap anak makan pun tak mahu. Masak tak nak. Bapa mentua sesuka hati tukar sekolah anak tanpa pengetahuan ayah kandung.
Nubhan dah makan hati. Itu lah dia bertindak sebegitu.
Mak mentua Nubhan siap minta 5 juta kalau nak bercerai. Semua harta nak 50-50.”
Selain itu, penyanyi berusia 39 tahun tersebut turut meraih pujian dengan personalitinya yang tidak mengaibkan mana-mana pihak.
“Yang dapat kita lihat bagi pihak isteri seperti tak boleh berhenti.
Bagi pihak Nubhan, tak bersuara.
Nubhan jawab soalan pun tak mengaibkan isteri.”
Untuk info, media sebelum ini melaporkan Nubhan telah memfailkan hadanah penuh serta interim terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Sumber: Threads @_h4nyahamb4_
