KUALA LUMPUR – Setelah sekian lama mendiamkan diri, Dr Fie akhirnya membuka mulut mengenai isu rumah tangganya yang sejak kebelakangan ini menjadi bualan netizen di media sosial.
Menerusi beberapa hantaran di laman X miliknya, Dr Fie tampil dengan luahan panjang lebar mengenai anak-anak dan ‘pihak ketiga’, yang dipercayai individu dikaitkan dalam kemelut rumah tangga beliau.
Wanita itu menegaskan bahawa tiada siapa perlu berebut kasih terhadap tiga anaknya, sambil mengingatkan agar semua pihak tahu batas masing-masing.
“Boleh kan masing-masing sayang anak sendiri? Bibik ada anak sendiri, orang ketiga pun ada anak sendiri… Tak perlu berebut sangat anak Fie. Tapi kalau kahwin orang muda boleh buat anak baru.
Kita ni bukan ibu tumpang tau… tu anak-anak Fie tau. Tak perlu sayang beria sangat wahai orang luar. Ok tak bahasa Melayu ni? Nampak kasar tak? Nampak macam play victim tak?” tulisnya.
Dalam hantaran susulan, Dr Fie menjelaskan dia bukan mahu menimbulkan drama, sebaliknya hanya mahu menyelesaikan segala kekusutan dengan cara yang baik.
“Ok la bahasa Melayu. Bukan tak nak cakap Melayu tapi nanti orang kata kasar pula. Ayat Melayu kita tak poetic sangat wak.
Tapi bukan nak nampak sedih memanjang. Cuma nak ayat tu bagi proper. Tak boleh ke kita selesaikan semuanya dengan baik, once and for all (ter-English balik 😚).
Bahagiakah bila keadaan jadi macam ni? Kalau kita berbaik, kan lebih tenang. Tak ada siapa perlu salahkan sesiapa. Tapi sekarang, terlalu banyak cerita yang keluar. Cuma nak semuanya selesai dengan cara yang baik…”
Namun, hantaran terakhir beliau dalam bahasa Inggeris mencuri perhatian ramai apabila seakan-akan ditujukan terus kepada seseorang yang pernah menjadi suaminya.
“Is this really how you wish to hurt me? I’m the mother of your children.
There was a time I was your biggest supporter, your greatest admirer.
I trusted you, I cared for you deeply, and I gave my very best — even if it wasn’t perfect in your eyes.
But this isn’t the way things should end.
Our children are growing up; soon, they’ll begin to understand.
Please… let’s choose peace and silence.”
Menariknya, Dr Fie turut menandakan akaun @nubhan.ahamad, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet yang mula membuat andaian sendiri.
Rata-rata netizen di ruangan komen menyatakan rasa simpati terhadap Dr Fie, selain memuji ketenangan dan ketegasannya dalam mempertahankan hak sebagai ibu.
