Wanita berusia 56 tahun yang masih berstatus isteri orang diceekup berkhaIwat dengan duda berusia 65 tahun di sebuah hotel bajet di bandar ini.

Pasangan itu ditahan anggota Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) pada 11.30 malam.

Ketua Penolong Pengarah BPUS Jaheaik, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, pasangan warga emas berkenaan datang dari Selangor dengan menaiki bas ke bandar ini sebelum ditahan ketika berdua-duaan dalam bilik di hotel terbabit.

“Lelaki warga emas itu memberi alasan mahu membaiki paip air, manakala pasangannya mendakwa mahu menghadiri kelas senam aerobik.

“Kami menahan mereka untuk siasatan lanjut dan dilepaskan dengan bon jamin sebelum diminta hadir ke Mahkamah Syariah mengikut tarikh yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.