Nubhan dalam hantaran terbarunya, memuatnaik gambar fotonya yang sayu, beserta caption Amber Heard.

ISU perceraian penyanyi, Nubhan dan isteri, Dr Afifah Hidayah terus menjadi perhatian ramai.
Dalam perkembangan terbaharu, penyanyi itu memfailkan hak penjagaan anak kekal dan interim ke atas tiga cahaya mata mereka.
Menurut peguam syarie yang mewakilinya, Mohd Redzuan Ramli, Nubhan memfailkan dua tuntutan iaitu hadanah kekal dan interim.
โHari ini, selesai sebutan pertama tuntutan hadanah saya dengan pihak peguam mewakili Dr Afifah bersama pihak pendaftar bagi mendapatkan satu tarikh lagi untuk kedua pihak berbincang serta cuba selesaikan secara baik.
โNubhan hari ini tak dapat hadir sebab ada urusan kerja dan dia okey untuk selesaikan secara baik dengan pihak defendan.
โInsya-Allah pada masa akan datang kita harapkan ada persetujuan antara dua belah pihak. Sama-sama doakan agar segala urusan dipermudahkan selain meraikan semangat untuk sebarang perbincangan,โ katanya memetik Kosmo! Online.
