PERSONALITI media sosial, Prince Syed, tampil menjelaskan dia sebenarnya tidak pernah menggalakkan isterinya menjalani pembedahan bariatrik, sebaliknya sudah pun memberi peringatan awal mengenai risiko prosedur berkenaan.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, Prince Syed atau nama penuhnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, dilihat menjelaskan situasi sebenar yang kini hangat diperkatakan.

Dia mendakwa sudah menasihati isterinya, Fatin Syazwani, supaya tidak melakukan pembedahan tersebut, namun wanita itu tetap mahu meneruskan kerana yakin dengan doktor yang dipilih dan hasil terdahulu pakar itu.

“Abang dah cakap daripada awal, tak bagi sayang buat. Ingat ke tidak apa yang abang cakap? So, abang takut risiko tapi sayang kata nak buat dengan doktor ini.

“Okay, saya kata jumpa dengan doktor yang betul-betul rasa macam boleh buat yang paling terbaik, So, kita pun nak tengok latar belakang doktor, kita tengok evidence semua.

“Berbulan-bulan untuk abang nak fikirkan keputusan untuk membenarkan dan mengizinkan untuk awak membuatnya.

“Tapi, sudah pesan dari awal, abang memang tak bagi sayang buat bariatrik ini. Abang dah cakap.

“Sayang kata nak buat juga sebab yakin buat dengan Dr ini, tiada ada apa-apa masalah,” kongsinya menerusi siaran langsung di TikTok.