TUMPAT – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh sepupu isterinya hingga maut dengan kaki kanan serta tangan kiri terputus akibat ditetak.

Tertuduh, Hamizi Hamzah, 45 didakwa di hadapan Majistret, Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada buruh binaan berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Mohd Shuhairi Hasim, 46, di Kampung Kok Bedullah di sini pada jam 11.20 malam, Jumaat lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun serta 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazuha Ismail, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes ditetapkan pada 28 Januari tahun depan untuk sebutan semula.