Berikut kronologi kejadian yag meruntun hati:
1-Kira-kira 7.30 malam Sabtu, mayat wanita dan anak perempuannya, dipercayai dibunuh, ditemukan oleh suami wanita berkenaan yang pulang ke rumah kira-kira jam 7.30 malam. di sebuah rumah di Juru di sini, malam Sabtu.
2-Difahamkan, mayat wanita itu ditemukan di bahagian dapur tingkat bawah dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya hampir putus, manakala anaknya ditemukan dalam keadaan meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah.
3-Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi Bernama memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
4-Sebuah rakaman suara tular berupa luahan pilu seorang lelaki selepas menemukan isteri dan anak perempuannya mati dibunuh.
5-โAssalamualaikum Daus, esok abang tak kerja tau, isteri aku dengan anak aku kena bunuh dekat rumah…โ- Rakaman suara berdurasi 20 saat yang tular di media sosial itu memaparkan lelaki berkenaan dipercayai suami mangsa.
6-Seorang jiran terkejut apabila lelaki berkenaan datang ke rumahnya untuk memaklumkan bahawa isteri serta anak perempuannya telah mati dibunuh.
7-Jiran dikenali sebagai Ida memaklumkan lelaki itu memberi salam dua kali sebelum memberitahu bahawa isterinya dan anak perempuannya telah dibunuh.
8-Difahamkan, ketika itu azan Maghrib baharu berkumandang dan lelaki berkenaan yang masih berpakaian kerja baru pulang menunggang motosikal. Wajahnya kelihatan sebak sebelum bergegas pergi.
9-Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sempat bertanya sama ada dia ternampak kereta atau apa-apa kenderaan mencurigakan masuk ke kawasan rumahnya.
10-Jiran berkenaan memaklumkan tidak perasan apa-apa yang pelik atau mendengar bunyi bising mahupun jeritan.
11-Keluarga kecil berkenaan difahamkan menyewa di rumah tersebut kira-kira dua tahun lalu dan tiada insiden mencurigakan atau pertengkaran dilihat antara mereka sebelum ini.
12-Sementara itu, Pakar Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor berkata, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang leher yang dipercayai menjadi punca utama kematian mereka.
13-Dua mangsa itu meninggal dunia dalam tempoh yang hampir sama dan luka yang dialami sangat teruk berpunca daripada senjata tajam seperti pisau pemotong daging.
14-Kesan kecederaan lain pada tubuh mangsa yang menunjukkan kemungkinan berlaku pergelutan sebelum kejadian seolah cuba menangkis serangan.
15-Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian mangsa pertama telah diserang terlebih dahulu sebelum suspek naik ke tingkat atas dan menyerang anaknya.
16-Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, polis masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenalpasti motif pembunuhan.
17- Suami mangsa berusia 57 tahun ditahan reman selama seminggu hingga 25 Oktober ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.
18-Walaupun lelaki itu ditahan hingga 25 Oktober ini dan siasatan tetap diteruskan untuk mengenal pasti motif kejadian dan pelaku sebenar.